Apple Akan Menjual Semula iPhone X Setelah Model XS Kurang Mendapat Sambutan
Sebelum ini, Apple mengumumkan bakal menamatkan penjualan iPhone X kerana akan melancarkan Apple iPhone XS. Tetapi lain pula ceritanya sekarang, apabila memilih untuk menawarkan semua model iPhone X buat para pengguna.
Penjualan semula Apple iPhone X dibuat bagi menampung semula penjualan iPhone XS dan XS Max yang rendah. Selain itu, memandangkan Apple masih lagi mempunyai kerjasama bersama pencabar terdekat iaitu Samsung maka pengeluaran paparan OLED bakal diteruskan.
Untuk model iPhone XR pula, ia mula diperkenalkan sebagai iPhone ‘mampu milik’. Sejak model ini dijual, para pengguna nampaknya lebih tertarik untuk mendapatkan iPhone 8 yang melihat kepada peningkatan jualan. Harga penjualannya yang lebih rendah serta masih mengekalkan trademark home button antara yang membuatkan para pengguna tertarik.



Apa Komen Korang?