Tunggu Dan Lihat, KJ Simpan Komen - OHGEEKZ

OM Leaderboard Ad

Tunggu Dan Lihat, KJ Simpan Komen


Khairy Jamaluddin antara pemimpin BN yang paling lantang menolak cukai jualan dan perkhidmatan (SST),  bagaimanapun beliau mengambil pendekatan ‘berdiam diri’ sejak pelaksanaan cukai itu.

Ahli Parlimen Rembau itu berkata, beliau akan menunggu sehingga beberapa minggu sebelum memberikan sebarang komen.

“Saya akan tunggu. Biarkan beberapa minggu berlalu. Biarkan orang ramai menyedari harga naik dan biarkan mereka ‘berbunyi’,” katanya di laman Twitter, hari ini.

Khairy turut mengingatkan agar tidak terkeliru antara caj perkhidmatan dengan cukai perkhidmatan.
Dikuasakan oleh Blogger.