Tun Dr Mahathir Akan Kembali Berucap Di Pentas PBB Selepas 15 Tahun
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dijadual menyertai beberapa mesyuarat Peringkat Tinggi PBB sebelum berucap di perhimpunan agung di ibu pejabat PBB di sini, pada 28 September – hampir 15 tahun selepas beliau berucap di podium PBB itu.
Siri soal jawab dengan Washington Post, The Wall Street Journal, TRT World, sesi perbincangan dengan pelabur dan pengurus dana, serta Majlis Perhubungan Luar, juga telah diatur.
Semasa perhimpunan agung, Dr Mahathir akan disertai Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah, Menteri Pertahanan Mohamad Sabu, Menteri Kesihatan Dr Dzulkefly Ahmad dan pegawai-pegawai kanan kerajaan.


Apa Komen Korang?