TM Perlu Kaji Semula Perkhidmatan Streamyx
Telekom Malaysia telah hadir dengan pelbagai promosi untuk pengguna Unifi, menawarkan pakej sehingga 100Mbps pada harga langganan RM129 sebulan. Dengan penawaran kelajuan tinggi dan harga rendah, ia sekaligus membuatkan seperti pengguna Streamyx sedikit terabai dengan tanpa sebarang kemaskini untuk mereka.
Hal ini membuatkan ramai pengguna Streamyx sedia ada yang telah sekian lama menggunakan perkhidmatan berkenaan tidak berpuas-hati dan menyalurkan aduan kepada Menteri Komunikasi dan Multimedia.
Lanjutan daripadanya, kini Menteri Komunikasi dan Multimedia meminta Telekom Malaysia untuk menjelaskan masalah dengan Streamyx, termasuk dari segi apakah kekangan infrastruktur yang menghalang naik-taraf kelajuan.
TM turut melalui laman sosial mereka membalas dan mengatakan yang mana mereka sedang bekerjasama dengan kementerian serta industri dalam meningkatkan akses jalur-lebar dan kelajuan untuk semua rakyat Malaysia. Apa pun, pihak TM tidak menyentuh secara spesifik berkaitan Streamyx dan penggunanya.
Terima kasih di atas komen dan saranan YB. TM sedang giat bekerjasama dengan pihak Kementerian serta industri dalam meningkatkan akses jalur lebar, tahap kemampuan dan juga kelajuan untuk semua rakyat Malaysia.— TM Group (@myTMgroup) September 10, 2018


Apa Komen Korang?