RM50 Tidak Cukup Untuk Rakyat Miskin
Ahli Parlimen Petaling Jaya, Maria Chin Abdullah menegaskan keputusan kerajaan menaikkan gaji minimum di Semenanjung daripada RM1,000 ke RM1,050 tidak mencukupi untuk meringankan beban rakyat miskin.
Katanya, janji ke 34 dalam manifesto PH jelas menyatakan kadar gaji minimum akan dinaikkan kepada RM1,500 sebulan di seluruh negara dan satu penjelasan yang memuaskan harus diberikan oleh kerajaan berhubung keputusan itu.
Menurutnya, kenaikan sebanyak RM50 tidak akan memberi kesan yang banyak kepada golongan paling memerlukan iaitu golongan B40 dan masyarakat miskin bandar.


Apa Komen Korang?