Niagaan Getah Meningkat Minggu Depan - OHGEEKZ

OM Leaderboard Ad

Niagaan Getah Meningkat Minggu Depan


Pasaran getah Malaysia dijangka diniagakan tinggi minggu depan seiring dengan pergerakan ringgit berbanding dolar AS dan harga minyak mentah dunia," kata seorang peniaga.

“Harga minyak mentah tinggi pada Jumaat apabila inventori minyak mentah Amerika Syarikat menyusut,” kata peniaga itu yang juga menjangka komoditi tersebut mendapat kuasa beli dari India berikutan bencana banjir yang melanda Kerala.

Banjir itu menyebabkan kekurangan bekalan getah hampir 20 peratus daripada industri tayar India, katanya.

Bagi asas Jumaat ke Jumaat, harga tengah hari Lembaga Getah Malaysia bagi gred tayar SMR 20 naik 5.5 sen kepada 540.5 sen sekilogram dan lateks pukal meningkat 6.5 sen kepada 409 sen sekilogram.

Minggu depan, pasaran akan menyambung dagangannya pada Rabu berikutan cuti umum sempena Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong (Isnin) dan Awal Muharram (Selasa).

Sumber: Bernama
Dikuasakan oleh Blogger.