Najib Razak Tidak Puas Hati Kedai Pau Juga Kena SST - OHGEEKZ

OM Leaderboard Ad

Najib Razak Tidak Puas Hati Kedai Pau Juga Kena SST


Bekas Perdana Menteri Najib Razak yang kini aktif mengulas isu semasa dalam laman sosialnya kali ini memilih untuk meluahkan rasa ‘tidak puas hati’ selepas kuih pau yang dibelinya dikenakan SST.

Dalam catatan di Twitternya, Najib mendakwa SST dikenakan ketika beliau membeli kuih tersebut di sebuah restoran terkenal di Tanjung Malim, Perak.


“Berhenti di kedai Pau Yik Mun, Tg (Tanjung) Malim untuk membeli pau. Jelas SST dikenakan walaupun kedai ini sederhana kecil!

“Kedai Pau pun kena SST,” tulisnya dalam status tersebut.


Malah, Ahli Parlimen Pekan itu turut memuat naik gambar resit diterimanya dan dalam resit tersebut jelas terpampang SST berjumlah RM3.80 dikenakan kepada Najib.
Dikuasakan oleh Blogger.