Kad Prabayar Dikecualikan SST Kata Menteri - OHGEEKZ

OM Leaderboard Ad

Kad Prabayar Dikecualikan SST Kata Menteri


Kementerian Kewangan memaklumkan berkuat kuasa hari ini, pembelian kad tambah nilai prabayar akan dikecualikan daripada cukai jualan dan perkhidmatan (SST).

Perkara itu diumumkan oleh Menterinya, Lim Guan Eng ketika berucap dalam Majlis Taklimat Pelaksanaan SST.


Beliau turut memberi jaminan untuk memperbaiki setiap kelemahan yang wujud dalam pelaksanaan sistem percukaian tersebut demi kebaikan semua pihak.

“Malaysia tiada pilihan untuk melaksanakan cukai ini bagi menggantikan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) untuk mengelak negara berdepan dengan masalah defisit.

“Dalam masa sama, kerajaan akan memastikan pelaksanaan SST ini juga tidak akan membebankan rakyat sekali gus meningkatkan ekonomi negara,” katanya.

Sumber laporan: Utusan Online
Dikuasakan oleh Blogger.