Jumlah Terkini Tabung Harapan Malaysia
Kemas kini terbaru Tabung Harapan Malaysia pada 7 September lepas telah menunjukkan jumlah RM188,758,468.43 yang dilancarkan sejak 30 Mei 2018 lalu sebagai usaha rakyat untuk membantu kerajaan mengurangkan hutang negara yang mencecah RM1 Trilion.
Menteri Kewangan, Lim Guan Eng sebelum ini ada memaklumkan bahawa Tabung Harapan ini hanya akan digunakan untuk membayar hutang kerajaan.
Rakyat yang ingin menyumbang kepada tabung ini bolehlah berbuat demikian menerusi akaun Maybank 5660-1062-6452.


Apa Komen Korang?