Gaji Minimum RM1200 Jumlah Sepatutnya Dinaikkan - OHGEEKZ

OM Leaderboard Ad

Gaji Minimum RM1200 Jumlah Sepatutnya Dinaikkan


Kerajaan PH sepatutnya memperkenalkan kadar gaji minimum pertama di bawah pentadbiran mereka sebanyak RM1,200.

Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin berkata, paras gaji berkenaan adalah paling sesuai dan realistik, namun, kerajaan PH dilihat telah tunduk kepada kehendak majikan dan tidak memihak kepada pekerja.

“Kalau paras terlalu tinggi, boleh menjejaskan kedudukan majikan.  Kalau terlalu rendah, nasib pekerja tidak dijaga.

“Namun, pengumuman kerajaan bahawa gaji minimum terbaru adalah RM1,050 mengecewakan,” katanya menerusi perkongsian di twitter miliknya, pagi ini.
Dikuasakan oleh Blogger.