Justin Bieber Melamar Seorang Gadis Dalam Restoran
Siapa tidak kenal dengan penyanyi terkenal kelahiran Kanada, Justin Bieber yang dilaporkan akan menamatkan zaman bujangnya bersama seorang model Amerika Syarikat, Hailey Baldwin.
Ia dimaklumkan apabila, Bieber, 24 telah melamar Hailey, 21 di restoran di Bahamas, laporan dari portal TMZ.
Saksi yang juga pelanggan di restoran berkenaan juga mendakwa bahawa pengawal Bieber telah mengarahkan semua pelanggan untuk menyimpan telefon kerana sesuatu yang istimewa akan berlaku.
Kemudian Bieber terus melamar Hailey dihadapan semua orang. Bapa penyanyi terkenal, Jeremy juga menunjukkan rasa terujanya menerusi status di Instagram miliknya.



Apa Komen Korang?