Anak Melayu Pertama Di Eropah Hasilkan Produk Daripada Kanabis
![]() |
| Conference Of Cannabies Companies. CBD Oils Malaysia - Malaya Hemp™ satu-satunya syarikat dari Southeast Asia yang terlibat dalam projek industri Hemp & CBD di Eropah. |
Syarikat CBD Oils Malaysia - Malaya Hemp™ yang kini sedang beroperasi di Manchester, United Kingdom, merupakan syarikat anak melayu pertama yang berdaftar secara sah di bawah pertubuhan CTA UK (Cannabis Trades Association, United Kingdom) di mana persatuan CTA UK ini memantau, memberi latihan praktikal, dan khidmat nasihat ahli-ahli mereka yang terlibat dalam sektor industri hemp dan kanabis bagi menghasilkan produk-produk berkualiti di tahap paling maksima.
![]() |
| Cannabis Conference oleh CTA UK berlangsung di London baru-baru ini bagi membimbing syarikat-syarikat yang terlibat dalam projek industri Hemp & CBD. |
Sepasang suami isteri, Abdul Halim Pauzi, yang berkelulusan dari Makkah dan Afrika, dan isterinya Nurul Ain Sahbudin yang kini masih dalam menghabiskan PhD beliau di salah sebuah universiti United Kingdom, bersama rakannya, Mohd Roslan Abdullah yang kini sudah lebih 15 tahun menetap di UK dan telah mendapat kerakyatan Britain. Merupakan 3 orang anak muda yang berani menyahut cabaran dalam menceburi bidang industri hemp Eropah.
![]() |
| Puan Nurul Ain yang kini sedang membuat penyelidikan perubatan kanabis disamping menghabiskan PhD beliau di University Manchester, United Kingdom. |
Sehubungan dengan itu, kerajaan di negara ini tidak menolak makanan tambahan berunsurkan herba sebagai rawatan alternatif bagi rakyatnya. Bagi mereka, rakyat mempunyai hak untuk teruskan hidup mereka dengan apa jua rawatan. Kanabis juga dapat disalurkan di farmasi-farmasi tempatan di negara ini dengan kerjasama yang erat di bawah pemantauan persatuan CTA UK. Kebanyakan rakyat di sini juga lebih terbuka mengamalkan perubatan berasaskan herba.
Bukan suatu perkara yang mudah sebagai anak melayu pertama untuk menubuhkan sebuah Syarikat di bumi Eropah bagi menghasilkan produk-produk berasaskan tumbuhan kanabis, banyak prosedur dan pemantauan dibuat dari badan-badan kerajaan tempatan dan persatuan CTA UK itu sendiri dari semasa ke semasa bagi memastikan penjual-penjual mematuhi undang-undang yang ditetapkan memandangkan kanabis merupakan tanaman dalam kawalan.
Pengalaman yang tidak pernah dilupakan semasa permulaan menubuhkan syarikat ini, mereka telah diserbu oleh pihak polis tempatan kerana telah disangkakan menjual kanabis tidak berdaftar, akan tetapi setelah berjaya membuktikan beberapa dokumen bahawa mereka merupakan sebuah syarikat berlesen, akhirnya pihak polis tempatan memohon maaf kerana telah melakukan kesilapan. Bagi anak-anak muda ini, ianya merupakan satu pengalaman baru buat mereka di sebuah negara yang mengamalkan sistem undang-undang yang telus dan ketat. Berdasarkan pengalaman tersebut, mereka percaya banyak lagi cabaran-cabaran yang akan ditempuhi selepas ini.
![]() |
| Gambar ketika rumah mereka diserbu oleh pihak polis UK dan terbukti bahawa mereka merupakan sebuah syarikat berlesen daripada kerajaan UK. |
Setelah mengamalkan minyak CBD, sakit belakang yang dialami oleh beliau beransur pulih secara semulajadi tanpa sebarang kesan sampingan. Dengan itu, mereka bertekad untuk membuat kajian lebih lanjut mengenai khasiat kanabis terhadap kesihatan manusia. Memandangkan ramai rakyat di negara ini menggunakan minyak CBD sebagai makanan tambahan kesihatan untuk diamalkan tidak kira kanak-kanak mahupun dewasa.
![]() |
| Mohd Roslan Abdullah (kiri) yang kini sudah lebih 15 tahun menetap di UK dan telah mendapat kerakyatan Britain |
Minyak CBD (Cannabidiol) daripada Cannabis Sativa yang dihasilkan secara sah merupakan salah satu makanan tambahan yang semakin popular dikalangan para pengguna di seluruh dunia yang mana memiliki pelbagai khasiat semula jadi untuk meningkatkan kualiti kesihatan pengguna yang mengamalkannnya. Ianya bertindak secara semula jadi dalam tubuh manusia, memandangkan tubuh manusia itu sendiri sudah tercipta sistem endocannabinoid nya.
![]() |
| Produk minyak CBD mereka yang pertama mendapat hasil jualan paling laris di UK dengan hasil jualan menjangkau kira-kira 50 ribu pounds sebulan. |
Selain dari minyak CBD ( Cannabidiol ), Syarikat CBD Oils Malaysia - Malaya Hemp™ juga telah menghasilkan pelbagai produk kosmetik, seperti syampu, sabun, krim dan banyak lagi. Semuanya berasaskan kanabis dan hemp yang semakin hangat di pergunakan oleh negara-negara barat pada ketika ini. Memandangkan produk-produk berasaskan kanabis ini mendapat pemintaan yang tinggi dalam industri kecantikan, ia juga sangat membantu menangani masalah kulit seperti ekzema, psoriasis, keradangan dan mencegah kegatalan serta berhasil menjadikan kulit semakin lembap, sihat, cerah dan anjal bila disapu pada struktur kulit.
Minyak CBD yang sangat kaya dengan vitamin A, B1, B2, B6, C dan E dan antioksidan seperti klorofil dan lesitin. Selain itu, ia juga mengandungi asid lemak tidak tepu yang tinggi. Asid lemak tidak tepu ini membantu untuk menurunkan tahap kolesterol serta gula dalam darah dan dengan itu menguatkan sistem kardiovaskular. Oleh kerana penggunaan produk-produk berasaskan herba yang sangat tinggi serta menggalakkan. Syarikat ini juga telah berjaya membawa masuk beberapa produk-produk tempatan dari Malaysia untuk dipasarkan ke pasaran Eropah.
Sejak syarikat ini melancarkan produk minyak CBD nya yang pertama. Produk ini berjaya mendapat sambutan yang memberansangkan daripada pengguna tempatan di UK itu sendiri dan negara-negara seluruh Eropah yang lain. Kerjasama jual beli antara farmasi-farmasi, National Health Service (NHS) tempatan di negara ini juga terjalin.
![]() |
| Graf peningkatan hasil keuntungan jualan langsung perubatan marijuana setiap tahun di Amerika Syarikat. |
Sumber: www.cbdoilsmalaysia.com
FB: www.facebook.com/CBDOilsMalaysia
Tel No: +447508523039








Apa Komen Korang?