Kini Terjawab ! Neelofa Masih Kekal Sebagai Ikon Tahun Memperkasa Wanita Bagi Tahun 2018

Jadi ia sekaligus menepis segala dakwaan dan desas desus di
media sosial yang mengatakan bahawa Neelofa telah digugurkan sebagai ikon
wanita negara, kata kementerian itu.
‘Pihak kementerian melihat segala sumbangan dan kejayaan
yang telah diraih Neelofa sebelum ini dan percaya ia dapat memberi inspirasi
kepada para wanita untuk terus bergerak lebih jauh dan berdaya saing bagi
mendepani cabaran Revolusi Industri 4.0.
"Kementerian melihat daripada sudut yang positif apa
yang akan disumbangkan beliau untuk memperkasa wanita," katanya dalam
kenyataan hari ini.
Sementara itu, pihak kementerian dan Neelofa telah bersetuju
untuk memberikan yang terbaik dalam merealisasikan setiap perancangan yang
diatur dalam menjayakan program yang bakal dilaksanakan bagi terus memajukan
ekonomi wanita setelah melakukan perjumpaan pada Januari lalu sebelum Neelofa diumum
sebagai ikon TMW18.
Untuk pengetahuan umum, turut dilantik sebagai ikon TMW18
adalah Neelofa, Puteri Diraja Selangor Datin Paduka Setia Tengku Zatashah
Sultan Sharafuddin Idris Shah dan
pemilik butik dalam talian Fashion Valet, Datin Vivy Yusof, sebagai
penghargaan terhadap kecemerlangan
mereka dalam bidang masing-masing.

Apa Komen Korang?