Rupanya Sudah 3 Orang Anak Pasangan Ini Meninggal Dunia Dalam Sujud Ketika Solat - OHGEEKZ

OM Leaderboard Ad

Rupanya Sudah 3 Orang Anak Pasangan Ini Meninggal Dunia Dalam Sujud Ketika Solat


JAKARTA - Kematian seorang gadis cantik iaitu Allayarhamah Andi Siti Aisyah Bahar yang meninggal dunia dalam keadaan sujud ketika membaca Al-Quran selepas menunaikan solat Subuh membongkar rupanya 2 lagi adik beradiknya turut menghembuskan nafas terakhir dalam keadaan yang sama.

Sungguh luar biasa, menurut ibunya Andi Ratna ketika ditemui wartawan dirumahnya mendedahkan kini sudah 3 orang anaknya dalam keluarga besar 8 beradik beradik meninggal dunia dalam keadaan mereka sedang beribadah.


Wanita itu menceritakan bahawa anak keduanya yang juga abang kepada Aisyah meninggal dalam keadaan sujud ketika menunaikan solat malam tepat di tahayat terakhir. Kejadian yang berlaku pada tahun 2011 pada usia arwah 26 tahun ketika menuntut di salah sebuah arrama pesatren iaitu tempat pengajian agama Islam terkenal di kawasan Pondok Gede, Jakarta.


Manakala anak ketiganya meninggal dunia usia 23 tahun dalam keadaan sujud ketika melaksanakan iktikaf malam di Masjid pada tahun 2009.

"Mereka semua meninggal dalam keadaan sujud. Allah SWT lebih sayangkan mereka semua" Kata Andi Ratna sambil menitiskan airmata ketika bercerita tentang Allayarhamah Siti Aisyah iaitu lebih mesra dipanggil Ica.


Mahasiswa terbaik lulusan institusi pengajian tinggi ternama tempatan, Universiti Hasanuddin pada tahun 2016 itu baru sahaja diterima bekerja di Makmal Penternak di Universiti. Ica merupakan anak kelima daripada 8 adik beradik. Namun sehari sebelum masuk bekerja, Ica menghembuskan nafas terakhir.

Gadis cantik ini sepatutnya bakal melangsungkan perkahwinan ditidak lama lagi.

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media
Dikuasakan oleh Blogger.