Nah! Tips Kulit Cantik Berseri Menggunakan Satu Bahan Di Dapur Yang Sangat Berkesan
Siapa kata nak kulit cantik harus berbelanja besar membeli pelbagai produk yang mahal-mahal. Sebenarnya, petua kulit dan badan cantik dan sihat semuanya ada di dapur kita. Menggunakan bahan semula jadi yang lebih selamat yang menjadi petua orang dulu-dulu.
Melalui perkongsian dari facebook Aroora Dayana, gadis ini kongsikan tips kulit gebu cantik berseri hanya menggunakan satu bahan sahaja yang sangat murah dan jimat.
Tips penjagaan wajah menggunakan tepung beras untuk tampil putih gebu.
Kebaikan Tepung Beras
1. Menyerap minyak berlebihan di muka
2. Memutihkan kulit muka jika digunakan secara konsisten
3. Tiada bahan kimia
4. Mengurangkan jerawat
5. Menghilangkan lingkaran gelap dibawah mata
6. Menanggalkan sel-sel kulit mati
7. Menyerikan kulit muka
Cara-Caranya:
1 ) Beli sebungkus tepung beras kat kedai runcit.Murah je dalam RM1 ringgit lebih atau lebih.Lupa dah harga
2 ) Ambik sesudu tepung beras tadi
letak dalam mangkuk atau cawan.Suka hati korang lah nak letak dalam apa.Tupperware ke.
3 ) Letakkan sedikit air bancuh pekat tau macam dalam gambar ni.Kalau korang nak campur serbuk kunyit pun boleh / yogurt / madu / putih telur.Tapi kak yana tak campur apa2 sebab untuk pakai harian kan.Terpulang pada anda.
4 ) Kemudian pakai macam mask atau macam bedak sejuk.Pakai sampai kering dan kemudian basuh.Kalau nak pakai sampai pagi esok pun takde masalah.
5 ) Amalkan setiap hari dan korang boleh tengok kesan dia.Kulit muka akan sentiasa lembut dan cerah.Jerawat semua xkan muncul.Nak ckp kulit kak yana ni flawless macam telur rebus tu tak lah.Bukan semua org perfect kan.So kak yana nk share lah sebab bnda ni dapat bantu kulit kita yang bermasalah.Jimat pun jimat kan?? Tak perlu guna produk mahal2
Apa Komen Korang?