Bagaimana Fungsi AI Pada Huawei Mate 10 Beri Impak Kepada Penggunanya?
Pengikut perkembangan teknologi smartphones memang tak senang duduk sekarang sebab banyak sangat smartphone yang membanjiri pasaran sekarang ni. Disaat ramai yang bercerita tentang revolusi Artificial Intelligence (AI) yang cuba dibawakan oleh iPhoneX, Huawei yang merupakan salah sebuah syarikat teknologi gergasi dunia memperkenalkan Huawei Mate 10 mereka sebagai pencabar utama untuk iPhone X.
Dikuasakan dengan pemprosesan Octa-core Kirin 970, enjin untuk AI telah terbina bersama di dalamnya. Dengan integrasi AI di dalam maka semua operasi pada Mate 10 mampu dilakukan tanpa memerlukan sambungan internet sekaligus mampu memproses lebih cepat, menjimatkan masa kita sebagai pengguna dan juga mejimatkan bateri.
Kalau korang sentiasa paranoid data akan disalahgunakan, kena tahu bila semuanya dijalankan melalui processor dalaman sahaja pada Mate 10, maka tiada risiko untuk data diakses atau disalahgunakan pihak luar. Itulah hebatnya Huawei dalam memahami kehendak pengguna mereka dalam masa yang sama menjaga segala data dari disalahgunakan pihak tidak bertanggungjawab.
Apa pula yang mampu AI lakukan dari segi fotografi?
Ini memang best sebab AI sangat pintar sampaikan dia boleh kenal dengan apa sahaja gambar yang korang nak ambil. AI akan mengenalpasti subjek yang kemudiannya akan membuat tetapan pada kamera dan memberikan hasil gambar terbaik pada korang. Semua itu dilakukan secara senyap dan automatik tanpa korang tahu pun. Tengoklah hasil gambar contoh kat bawah ni.Selain itu, gambar dengan kesan kabur di belakang (bokeh) dapat dihasilkan dengan melalui kamera Mate 10 sendiri yang dilengkapi dengan aperture terbesar pernah wujud pada smartphones pada ketika ini iaitu f/1.6 yang mana sangat menakjubkan.
Dilengkapi dengan bateri yang cukup besar iaitu 4,000mAh sama seperti yang ada di dalam Mate 8 & 9, Huawei telah meningkatkan tahap keselamatan dan juga fungsi penjimatan kuasa pada Mate 10 dengan TUV Rheinland Safety certified SuperCharge bagi menepati kehendak dan permintaan pengguna pada hari ini yang menggunakan smartphone lebih daripada sebuah komputer.
AI yang ada di dalam Huawei Mate 10 telah terbukti tidak menggunakan banyak bateri, tetapi apa yang dilakukan AI ini secara senyap seperti menutup mana-mana aplikasi yang tidak digunakan dan juga belajar cara penggunaan kita telah memberikan kesan yang drastik pada bateri Mate 10 ini.
Selain daripada AI yang mengangkat Mate 10 sebagai sebuah “Intelligent Phone", Huawei juga memperkenalkan fungsi “Easy Projection” pada Mate 10. Dengan hanya satu kabel USB Type-C ke HDMI yang disambung ke TV, korang dah boleh terus gunakan Mate 10 seperti sebuah komputer. melalui Huawei Emotion UI.
Senang kan? Tak perlu guna sebarang jenis dock untuk merasai pengalaman hebat macam tu. Mate 10 juga boleh digunakan sebagai mouse dan keyboard.
Oh ya, kalau ke luar negara jangan risau lagi pasal bahasa lagi sebab Huawei Mate 10 telah dimuatkan bersama dengan lebih 50 bahasa melalui aplikasi Microsoft Translator. Jadi kalau ada apa-apa tulisan yang tak faham tu, tak payah risau dah walaupun tak ada internet.
Dijual pada harga RM2,699 di pasaran Malaysia, Huawei Mate 10 yang dikuasakan oleh Kirin 970 menjanjikan pengalaman yang cukup hebat dalam berdepan dengan segala urusan harian kita semua.
Sumber: VMALL
Apa Komen Korang?