Penjelasan Atas Dakwaan Minyak PETRONAS Yang Viral - OHGEEKZ

OM Leaderboard Ad

Penjelasan Atas Dakwaan Minyak PETRONAS Yang Viral


Kebelakangan ini, hal tentang pendakwaan atas perbezaan kuantiti minyak dan kelajuan aliran minyak telah menjadi viral di media sosial dan aplikasi Whatsapp yang berlaku di Simpang Pulai di Arah Selatan. Ini adalah disebabkan satu video yang dirakamkan berkenaan seorang wanita mendakwa pam minyak di stesen tersebut tidak beroperasi dengan betul apabila mendapati kuantiti minyak itu berbeza dengan wang yang dibayar.

Sehubungan dengan insiden itu, pihak PETRONAS Dagangan Berhad (PDB) telah tampil memberikan kenyataan balas berkenaan isu tersebut melalui laman Facebook rasmi mereka. Dalam kenyataan tersebut, PDB mengambil maklum balas pelanggan itu dengan serius dan tindakan segera telah diambil untuk menyiasat nozel di setesen tersebut dan juga menjalankan kerja-kerja baik pulih. Pam kini telah beroperasi seperti biasa.

Tambahan pula, pihak KPDNKK dan Metrology Corporation juga membuat ujian tentang dakwaan tersebut. Hasil daripada ujian tersebut menunjukkan tiada perbezaan dengan kuantiti minyak cuma alirannya perlahan sahaja. Dakwaan yang dibuat dalam viral video itu jelas dinyatakan dengan hasil ujiannya. Pihak PDB turut menegaskan bahawa semua pam di stesen senantiasa dikalibrasi dan gangguan teknikal ini merupakan kes terpencil yang tidak menjejaskan kuantiti isian sama sekali.

Tetapi tidak kiralah ia berlaku dengan kadar yang kecil itu, pihak PDB telah mengambil tindakan segera untuk menyelesaikan masalah pengguna dalam masa yang singkat dan akan menganggap kejadian itu telah jelas dengan memuaskan pihak berkenaan. Pihak PDB juga meminta kerjasama orang ramai untuk tidak menyebarkan dakwaan palsu.

Untuk sebarang aduan atau maklumat, pengguna boleh menghubungi ejen khidmat pelanggan mereka di talian hotline 1-300- 88-8181 atau email mesralink@PETRONAS.com.my .

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut boleh layari laman web Mymesra.




Dikuasakan oleh Blogger.