Ramai Tak Tahu Punca Kanser Sebenarnya Datang Dari Rumah Sendiri
Kanser memberi kesan buruk terhadap ramai individu seluruh dunia dengan kes sebanyak 1.7 Juta yang berjaya dikesan pada tahun 2015. Tumor barah yang digelar malignant itu tidak akan berhenti membesar dan bisa berebak ke bahagian tubuh badan yang lain. Ketumbuhan jenis merebak itu digelar sebagai metastasis manakala tumor benign pula adalah jenis ketumbuhan barah yang hanya muncul di satu bahagian badan sahaja. Ingin diingatkan, semakin besar satu-satu tumor berkenaan, dalam masa yang sama ia akan menjejaskan fungsi normal tubuh seseorang penghidap, termasuk organ dan sistem badan.
Risiko untuk seseorang terdedah kepada karsinogen atau penyebab kanser yang hidup di dalam tisu hidupan telah sekian lama diberi perhatian melalui kajian rapi yang dijalankan untuk mengetahui lebih mendalam tentang kanser.
Gas beracun Radon dan asap rokok adalah dua sumber utama yang sering dikaitkan dengan punca penyebab kanser. Itu apa yang anda tahu, tetapi bagaimana pula dengan penyebab lain? Mungkin anda patut beri perhatian yang lebih terhadap perkara yang kami ingin kongsikan ini.
1. Formaldehyde
Formaldehyde atau sejenis methanol (gas toksik tidak berwarna) ini digunakan dalam pelbagai aplikasi industri dan bisa ditemukan dalam banyak produk industri. Formaldehyde adalah produk organik yang meruap atau Volatile Organic Compund (VOC) dan ia merupakan gas beracun yang dilepaskan secara halus melalui material yang digunakan. Tiga produk yang melepaskan paling banyak gas berkenaan adalah papan kayu plywood, papan panel perabot dan papan gentian.
Memory foam dan permaidani juga melepaskan gas formaldehyde. Mengikut satu kajian yang dilakukan pada tahun 2011, badan US National Toxicology Program menyatakan formaldehyde sebagai karsinogen atau penyebab kanser kepada manusia. Oleh kerana kehidupan seharian kita bakal bertindak balas dengan bahan-bahan formaldehyde, agak sukar untuk kita mengelak daripadanya lebih-lebih lagi apabila berada di dalam kawasan yang bertutup seperti pejabat yang berhawa dingin, gedung membeli-belah, dan sebagainya.
Walau bagaimanapun, Amerika Syarikat dan Eropah kini telah mengambil langkah berjaga-jaga dengan menghadkan pelepasan gas formaldehyde seperti penggunaan bahan kayu plywood. Oleh itu, cuba gunakan penapis udara di rumah supaya udara yang anda hirup itu bebas partikel yang berbahaya untuk badan.
2. Penyegar Udara
Penyegar udara mengandungi pelbagai kimia yang sebenarnya mengancam kesihatan dan merupakan penyebab kanser tanpa kita sedar. California menyenaraikan beberapa kemungkinan bahawa penyegar udara adalah karsinogen kepada manusia di samping mewujudkan pencemaran sekunder bahaya. Sebuah kajian yang diterbitkan pada tahun 2010 telah mengaitkan penyegar udara dengan proses kewujudan barah payudara. Secara alternatif bagi mengelak penggunaan penyegar udara, gunakan sumber bau-bauan semula jadi seperti herba beraroma dan minyak pati bunga-bungaan asli.
3. Lilin
Tidak semua lilin adalah penyebab kanser. Tetapi kita harus lebih berhati-hati. Apabila lilin dibakar, sumbu lilin atau tali putih yang dibakar pada lilin itu sebenarnya melepaskan beberapa bahan kimia. Bukan itu sahaja, kebanyakan lilin komersial yang dijual di kedai-kedai dibuat menggunakan sumber cairan daripada produk petroleum. Fakta itu menyokong kuat mengapa benang sumbu lilin tidak organik boleh berdiri tegak meskipun telah dibakar.
Oleh kerana itu, penggunaan lilin adalah diharamkan di Amerika Syarikat. Sumbu yang tidak organik diklasifikasikan oleh Agensi Khas Kajian untuk Kanser sebagai Karsinogen, sementara pada tahun 2007, akhirnya kajian telah membuktikan bahawa ia penyebab kanser perut. Gunakan lilin semula jadi seperti lilin yang dibuat menggunakan soya mahupun lilin lebah yang menggunakan sumbu jenis kapas.
4. Sesetengah Bekalan Alatan Seni
Ini adalah penting untuk kesihatan kanak-kanak kerana mereka adalah golongan yang sering menggunakannya sekaligus terdedah pada bekalan alatan seni seperti gam dan pen marker. Apa yang menakutkan, sesetengah peralatan seni mengandungi bahan toksik yang tidak sesuai untuk kanak-kanak. Akta Persekutuan Bahan Berbahaya (Federal Hazardous Substances Act) sebenarnya mewajibkan agar semua peralatan dilabel dengan amaran “Berpotensi Membahayakan Kesihatan” oleh syarikat pengeluar bekalan alatan seni.
Di California, Agensi Perlindungan Alam Sekitar mengharam keras penggunaan sejenis gam yang berjenama Elmer’s Super Glue, Krazy Glu dan beberapa alatan kraf lain yang banyak digunakan di tadika serta sekolah rendah tempatan di sana. Jika anda mempunyai anak di rumah yang gemar membuat seni atau aktiviti kraf, beringatlah untuk membekalkan mereka dengan peralatan seni/sekolah yang bebas toksik. Juga, gunakan produk pelarut seperti gam atau pen warna sharpies di tempat terbuka supaya udara bisa meneutralkan kembali bau kimia terbabit.
5. Deodoran
Kajian baharu yang dilakukan pada 2014 memfokuskan kandungan aluminum yang terdapat dalam sesetengah kosmetik seperti deodoran atau penyahbau digunakan di bawah pelipat lengan. Aluminum bukan sahaja berbahaya kepada persekitaran, malah juga pada tubuh manusia. Ia bisa menyelinap ke dalam tisu payudara dan menyebabkan barah payudara. Bedak bayi adalah alternatif terbaik untuk mengawal bau badan, menggantikan deodoran.
6. Langsir Mandi Plastik
Langsir mandi lazimnya dibuat daripada material plastik dan satu kajian telah menjelaskan bahawa produk PVC melepaskan gas beracun yang digelar volatile organic compounds (VOCs), lebih-lebih lagi ketika panas. Ketika anda mandi air panas, bahan VOC akan mengewap dalam keadaan suhu tinggi dan jika anda terhidu atau diserap oleh tubuh, ia menyebabkan kanser. Di samping itu, VOC menyebabkan kerosakan hati, saraf, pernafasan dan peranakan yang bakal mengundang pelbagai jenis kanser.
Untuk mengelak, anda boleh guna langsir mandi yang dibuat dari bahan kapas atau langsir bukan PVC d dalam kamar mandi. Setidak-tidaknya, bina sahaja pintu kaca atau dinding yang mengelilingi kawasan pancuran mandi.
Ingatlah bahawa mencegah adalah lebih baik dari mengubati. Kesedaran awal mampu untuk mengubati penyakit tersebut. Sejauh mana anda yakin yang diri anda bebas kanser? Kanser menyerang tanpa mengira usia atau status. Rajinkan diri untuk melakukan Cancer-Screening di Hospital KPJ.
Cancer-Screening adalah untuk mengesan sebarang tanda awal tentang kemungkinan anda berdepan sebarang sebarang faktor dan risiko yang boleh menyebabkan anda tergolong sebagai penghidap kanser. Jadi beringatlah dan sayangi diri anda demi masa depan insan yang disayangi.
Apa Komen Korang?