Oh! Cawangan Baru Starbuck di Jepun Penuh Keunikan dan 'Old School'
Jenama restoran kopi terkena, Starbuck telah mencipta sejarah membuka satu cawangan yang berkonsep unik di Jepun pada minggu lalu.
Cawangan terbaru ini dibuka di sebuah kedai teh lama di daerah Higashiyama, Kyoto dan masih mengekalkan ciri-ciri tradisional dan bentuk asal kedai teh tersebut.
Malah, menariknya cawangan ini tidak mempunyai papantanda kedai seperti kebiasaannya hingga mungkin orang tidak akan perasan kewujudan sebuah jenama besar di kawasan itu.
Walaupun pada awalnya Starbuck, menerima tentangan daripada tempatan kerana bimbang cawangan ini tidak bersesuaian dengan kawasan mereka namun, dengan rekaan yang 100% berbeza dan masih mengekalkan suasana yang asal, mereka kini dapat dilihat menerima ianya dengan baik.
Malah, ia boleh dianggap satu keunikan dan tarikan yang istimewa pada kawasan tersebut.
Starbucks Coffee Higashiyama
349 Masuyacho, Higashiyama Ward
Kyoto, Kyoto Prefecture 605-0826
Japan
Apa Komen Korang?