Review: Mengapa Huawei P10 Lebih Berbaloi Daripada Samsung Galaxy S8? - OHGEEKZ

OM Leaderboard Ad

Review: Mengapa Huawei P10 Lebih Berbaloi Daripada Samsung Galaxy S8?

Dua smartphones Android yang sangat hangat diperkatakan ketika ini di Malaysia adalah Huawei P10 & P10 Plus dan juga peranti flagship terkini dari Samsung iaitu Samsung Galaxy S8 & S+. Dua smartphones ini sudah pastinya akan masuk ke dalam Wishlist sesiapa sahaja yang merancang untuk membeli telefon pintar yang baru tapi persoalan paling sukar tentan mana satu yang lebih berbaloi untuk anda miliki? Mana satu yang paling "value for money" di bulan Ramadan yang mana kita digalakkan untuk berjimat-cermat ni?

Ketika ini Ohmedia sedang menggunakan kedua-dua phone ini sebagai "daily driver" dan artikel ini akan membantu anda untuk membuat keputusan. Untuk artikel ini kami akan memberikan fokus utama untuk Huawei P10 terlebih dahulu dan apa yang membuatkan P10 ini hebat atau sebaris dengan telefon pintar popular lain.

1. Hardware

Berbicara tentang hardware, peranti yang dikuasakan Android sememangnya memerlukan hardware yang cukup tinggi untuk beroperasi. Kerana itu Huawei P10 dan Samsung Galaxy S8 dilengkapi dengan hardware yang terkini dalam dunia telefon pintar masa kini. Huawei P10 Plus contohnya dilengkapi dengan 6GB RAM dan ini sekaligus membolehkan smartphones tersebut beroperasi dengan lebih lancar walaupun banyak aplikasi yang dibuka. Berbeza dengan Galaxy S8+ yang hanya dimuatkan dengan 4GB RAM, banyak aplikasi yang dibuka akan "restart" jika terlalu lama dibuka dan tidak digunakan sekaligus menyukarkan urusan anda yang selalu beralih dari satu aplikasi ke satu aplikasi.

2. Kamera


Huawei P10 dan P10 Plus dilengkapi dengan dual camera yang dikuasakan oleh Leica. Dual lensanya pula lengkap dengan 20mp dan 12mp. Bagi Galaxy S8 pula masih mengekalkan single lens 12mp yang tidak jauh berbeza seperti smartphone mereka sebelum ini. Tidak hairanlah mengapa P10 mampu menghasilkan gambar yang seakan-akan DSLR dan kelihatan sangat cantik.

Galaxy S8 pula walaupun dilengkapi dengan hanya single lens, ianya tetap mampu menghasilkan gambar yang sungguh cantik disebabkan kehebatan Samsung dalam menggunapakai software kamera mereka ke tahap yang lebih tinggi. Pada kami, kamera kedua-dua jenis smartphones ini sama sahaja hebatnya secara keseluruhan.


Kamera pada Huawei P10 dan P10 Plus kali ini benar-benar dilengkapi dengan pelbagai features yang sangat menarik sekaligus menempatkan jenama P10 ini sebagai pilihan utama pada mereka yang mengutamakan kamera bila membeli telefon pintar.



3D | Portrait Enhancement



Dual camera membolehkan muka anda diukur dengan lebih 190 lokasi berbeza dan seterusnya menghasilkan 3D profile. Fungsi ini menjadikan kulit wajah lebih baik seolah-olah anda telah bersolek dan ianya nampak lebih real dan tidak kelihatan palsu.



Bokeh Effects


P10 mampu menjadikan gambar yang diambil seolah-olah diambil dengan Dslr yang mahal! Ini kerana kesan Bokeh yang sangat baik mampu dihasilkan kamera pada P10 dan P10 Plus. Kalau anda tak tahu Bokeh tu apa, cuba lihat gambar di atas dan kesan kabur pada latarbelakang subjek (perempuan tersebut) merupakan kesan Bokeh yang dihasilkan oleh P10 & P10 Plus.

Continuous Zoom


P10 dan P10 Plus bukan sahaja boleh melakukan 2x zoom di Portrait Mode, tetapi juga boleh mengekalkan kualiti gambar daru 1.1x hingga 1.9x zoom dan menghasilkan gambar yang benar-benar cantik dengan kualiti yang sama.

Leica Glow




Leica sememangnya terkenal dengan identiti gambar yang dihasilkan melalui kamera mereka. Apabila teknologi Leica mula digunakan di dalam telefon pintar seperti P10 dan P10 Plus, pastinya ramai yang bertanya adakah kamera pada P10 & P10 Plus mampu menghasilkan gambar seperti kamera Leica (Leica-Look)? Jawapannya ya!

Monochrome


Setakat ini tiada lagi mana-mana telefon pintar dari mana-mana jenama selain Huawei yang meletakkan sensor monochrome terus kepada kamera di telefon keluaran mereka. Huawei P10 & P10 Plus semangnya menjadi pilihan para jurugambar yang meminati gambar dengan warna chrome.

Contoh gambar yang diambil:





3. Bateri


Kapasiti bateri sangat penting untuk phone yang dikuasakan Android memandangkan Android lebih kuat memakan bateri berbanding iOS seperti iPhone. Huawei P10 dilengkapi dengan kapasiti bateri sebanyak 3200mAh dan Huawei P10 Plus pula sebanyak 3750mAh. Malang bagi Galaxy S8 dan S8+ yang masing-masing hanya dilengkapi dengan 3000mAh dan 3500mAh. Ini menjadikan jangkahayat P10 lebih lama bertahan berbanding Galaxy S8. Kapasiti bateri pada S8 sebenarnya lebih kecil lagi berbanding S7 Edge. Mungkin Samsung lebih berhati-hati dengan bateri mereka berdasarkan apa yang telah berlaku pada Note 7 tahun lalu.

4. Butang Fizikal dan butang software


Ini buat pertama kalinya Samsung menggunakan butang software pada peranti mereka. Ini menjadikan pengguna yang telah biasa menggunakan Samsung sebelum ini perlu membiasakan diri dengan perubahan yang dilakukan. P10 masih lagi mengekalkan butang fizikal di bahagian hadapan. Ini merupakan pilihan pengguna sepenuhnya untuk mana satu yang lebih selesa digunakan.

5. Fingerprint Scanner


Jika sebelum ini Huawei P9 meletakkan sensor cap jari mereka di belakang, kini pada P10 sensor cap jari telah diletakkan dibahagian hadapan. Ini satu perubahan yang baik dan sama dengan apa yang digunakan Samsung pada flagship phone mereka sebelum ini. Tetapi untuk keluaran Galaxy S8 kali ini Samsung membuat perubahan paling drastik dengan mengalihkan sensor cap jari mereka dari depan ke belakang. Lebih menyukarkan lagi sensor cap jari tersebut berada di lokasi yang agak sukar untuk digunakan. Menyedari akan perkara itu, Samsung memuatkan beberapa cara lain untuk ciri keselamatan smartphones mereka dengan menggunapakai Iris Scanner dan Face Detection.

6. Harga

Bagi harga pula, kedua-dua jenis smartphone ini dijual pada harga yang agak jauh berbeza. Huawei P10 dijual pada harga RM2,499 manakala Samsung Galaxy S8 dijual pada harga RM3,299. Bagi Huawei P10 Plus pula, harga yang ditawarkan adalah RM3,099 manakala Samsung Galaxy S8+ dijual pada harga RM3699 yang merupakan harga peranti Samsung paling mahal setakat ini dan membuatkan ramai yang bercadang untuk menggunakannya mengeluh.

7. Kesimpulan


Jadi jika anda tanya kami mana satu yang paling "value for money", jawapannya tentu sekali Huawei P10 atau P10 Plus. Sebuah smartphones flagship yang mempunyai semua features hebat tetapi masih dijual pada harga yang sangat kompetitif. Menjadikan Huawei P10 sebagai smartphones harian anda sama-sekali bukan satu pilihan yang silap tetapi ianya adalah pilihan yang bijak.

Bagaimanapun memilih Galaxy S8 sebagai peranti harian tidak juga pilihan yang silap kerana Galaxy S8 mempunyai berapa kelebihan yang tidak terdapat pada Huawei P10 namun perbezaan tersebut tidaklah begitu ketara kerana kedua-dua peranti hebat dari dua jenama gergasi ini tidaklah jauh berbeza kerana masih dikuakan oleh Android yang terkini.

Jadi sempena bulan Ramadhan ini, P10 Lite, P10, dan P10 Plus pada kami lebih berbaloi dan menjimatkan untuk anda beli kerana features yang baik dan harga yang dijual jauh lebih rendah berbanding telefon pintar lain yang setaraf dengannya.


Dalam artikel selanjutnya nanti, kami akan kongsikan pula tentang kelebihan Samsung Galaxy S8 dan S8+ dan mengapa dengan harga yang agak mahal masih membuatkan Galaxy S8 dan S8+ masih berbaloi jika ianya bertepatan dengan kehendak anda. Stay tuned!




Dikuasakan oleh Blogger.