Mahu Cantik Persis Selebriti, Cuba 6 Tips Kecantikan Mudah Ni
Namun, mungkin ada yang tertanya-tanya bagaimana mereka menjaga badan untuk kekalkan kecantikan. Pastinya ada rahsia-rahsia tertentu kan?
Jadi, 6 selebriti ini berkongsi tips mudah kekal cantik cara mereka.
1. Tidak Meninggalkan Senaman - Siti Nurhaliza
2. Amalkan Minum Air Sereh dan Air Kunyit - Zila Bakarin
3. Banyakkan berjalan dan turun naik tangga - Amyra Rosli
Pelakon cantik Amyra Rosli mengamalkan senaman ringkas dengan memperbanyakkan berjalan dan turun naik tangga. Amyra akan pastikan badannya sentiasa aktif. Malah beliau juga tidak makan kekacang untuk mengelakkan jerawat.
4. Mengurut Muka Dengan Hujung Jari - Ziana Zain
Patutlah wajah penyanyi hebat Ziana Zain sentiasa runcing dan cantik, kerana beliau mengamalkan mengurut muka keseluruh muka dengan menggunakan hujung jari terutama di kawasan bawah dagu untuk memecahkan lemak. Ibu kepada 4 orang cahayamata ini juga mengamalkan meminum jus timun dan epal hijau setiap pagi.
5. Makan Nasi Ketika Badan Aktif - Ayda Jebat
Penyanyi lagu Pencuri Hati, Ayda Jebat perlu memakan nasi setiap hari supaya badannya kenyang dan bertenaga ketika aktif. Namun, jika hari tidak bekerja, Ayda akan mengurangkan pengambilan nasi. Walaubagaimanapun, bagi Ayda kecantikan bukan sahaja pada wajah namun ia lahir dari hati. Jika hati bersihl, wajah akan turut berseri.
6. Makan 2 Sudu Nasi Setiap Hari - Kilafairy
Kilafairy, bukan sahaja cantik malah mempunyai bentuk badan yang langsing idaman setiap wanita. Namun, amalan yang diamalkan oleh Kilafairy tidak semua yang mampu kerana Kila hanya memakan 2 sudu nasi sahaja setiap hari. Yang paling penting, beliau akan melakukan senaman sit up untuk mengempiskan perut. Malah, Kila juga pantang makanan berminyak untuk mengurangkan jerawat.
Oppppsss.....!
DAH CANTIK, TAKKAN TAK NAK WANGI KOT..??
Meh try The Louvre Parfum, Perfume kegilaan artis Malaysia. Perfume long lasting paling murah di dunia.
Apa Komen Korang?