Adik Beradik Berebut Hak Penjagaan Ibu Hingga Bawa Kes Ke Mahkamah
Gambar Hiasan |
Salah satu pengadilan Qasim, Kerajaan Saudi Arabia Hizan al-Fuhaidi menangis hingga airmatanya membasahi janggut kerana kalah kepada saudara kandungannya sendiri di mahkamah.
Menurut laporan yang disiarkan menerusi laman The Reporter, ibunya selama ini tinggal dan dijaga oleh Hizan namun tak kala semakin berusia, adik Hizan yang tinggal di kota lain datang dan mahu mengambil ibunya untuk tinggal bersama dengan alasan kemudahan kesihatan di kota jauh lebih baik dari kawasan desa.
Bagaimanapun Hizan menolak dengan alasan selama ini dia masih mampu untuk menjaga ibunya. Keengganan Hizan mencetuskan perbalahan di antara mereka berdua sehingga kes terpaksa dibawa ke mahkamah.
Sidang pun bermula, hingga hakim pun meminta agar si ibu hadir di mahkamah. Kedua-dua lelaki bersaudara ini mendukung ibu mereka yang sudah tua, yang beratnya tak sampai 40 kilogram.
Hakim bertanya kepadanya, "Siapa yang lebih berhak tinggal bersamamu?"
Si ibu yang memahami pertanyaan itu pun menjawab, "Ini mata kananku!" sambil tangannya menunjuk ke arah Hizan dan "Ini mata kiriku!" jarinya tepat ditudung ke arah adik Hizan.
Hakim berfikir sejenak, kemudian memutuskan bahawa hak penjagaan diberikan kepada adik Hizan berdasarkan pertimbangan kemaslahatan bagi si ibu.
Betapa mulia air mata yang dikeluarkan oleh Hizan. Air mata penyesalan kerana tidak dapat memelihara ibunya tatkala beliau telah meningkat usianya semakin lanjut.
Dan betapa bangga dan agungnya seorang ibu direbut oleh anak-anaknya sehingga berlaku seperti ini. Andaikata kita dapat memahami, bagaimana seorang ibu mendidik kedua-dua anak lelakinya sehingga ia menjadi ratu dan mutiara yang mahal bagi anak-anaknya?
Ini adalah pelajaran dan pengajaran yang ssangat mahal tentang berbakti kepada orang tua. Di zaman yang sudah hampir kiamat ini, betapa banyak anak yang derhaka.
+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media (klik)
Apa Komen Korang?