Jangkaan Meleset Apabila Suri Rumah Ini Terpaksa Membayar RM2918 Berbanding RM100 Seperti Yang Dijanjikan
Seorang suri rumah mengadu yang dirinya teraniaya oleh sebuah workshop yang sudahlah gagal mempamerkan lesen perniagaan, juga disyaki terlibat dalam penipuan kepada pelanggan. Pada awalnya dijanjikan hanya satu bahagian perlu ditukar berharga RM100 dan boleh siap pada hari yang sama.
Akhirnya mangsa terpaksa akur membayar hampir RM3,000 walaupun kereta siap dalam tempoh masa tidak seperti yang dijanjikan. Sudahlah begitu, hasilnya juga langsung tidak memuaskan hati.
Berikut adalah aduan penuh seperti yang diterima;
Salam Oh Media Network. Saya nak minta tolong viralkan apa yang dah jadi pada kereta mak saya semalam. Tujuan viral untuk mengingatkan semua pengguna kereta supaya tidak terima pertolongan luar kalau kereta buat hal dekat highway. Saya harap pihak Oh Media boleh paparkan buat peringatan semua.
Kronologi cerita:
Pada 18hb Februari 2017 (Sabtu-lebih kurang jam 1.30petang), kereta ibu saya, model Toyota Avanza (No. Pendaftaran: AFCxxx) mengalami perubahan suhu kereta mendadak secara tiba-tiba di lebuhraya PLUS arah utara (kawasan gunung semanggol menuju ke utara).
Namun, tiba-tiba ada seorang lelaki berbangsa india turun untuk memberi pertolongan dengan meletakan harga towing sebanyak RM50 ke bengkel yang terletak di Bukit Tambun/Simpang Ampat, Pulau Pinang. Dia juga menganggarkan kerosakan yang dialami adalah bernilai RM100 dan berjanji dapat siapkan pada hari yang sama.
Dalam keadaan cemas ketika itu, ibu, ayah saya yang berumur lebih separuh abad bersama adik berusia 15 tahun hanya akur saja memandangkan lelaki tersebut hanya berjanji akan menukar satu komponen saja dengan harga RM100. Apabila saya tiba ditempat kejadian, para pekerjanya telah pun membuka keseluruhan enjin dan berjanji kereta siap pada hari Selasa (21hb Februari 2017) dengan harga yang diberikan (yang sudah pasti RM1200 + beberapa komponen yang dia masih belum pasti harganya).
Hari yang dijanjikan, kereta mash belum siap. Pada hari Sabtu (25hb Februari 2017) kami ke bengkel tersebut semula dan dia berjanji kereta siap pada Selasa berikutnya (28hb Februari 2017). Pada hari Selasa (28hb Februari 2017) suami saya ke bengkel tersebut semula dan harganya telah meningkat menjadi RM2300 + beberapa komponen yang dia masih belum pasti harganya dan berjanji akan siap pada hari Rabu (1hb Mac 2017).
Sehingga jam 6.00petang Rabu (1hb Mac 2017) bengkel tersebut masih belum memberi harga kos membaiki kereta. Sebaik saja kami (saya, suami dan ibu bapa) tiba di bengkel, barulah dapat tahu harga keseluruhan sebanyak RM2918 dan kami hanya membayar RM2750 kerana tidak menjangka harganya begitu. Kami sebenarnya tak nak bayar kalau lebih RM 1000 tapi disebabkan kedai kereta tu hari tu jugak ramai pekerja (mungkin bawa "kawan" dalam 5 orang yang sebelum ni kami pergi hanya 2 orang), dan ada kereta putih blok belakang kereta kami (sebelum ni tak ada kereta yang blok), kami terpaksa bayar tanpa banyak cakap sebab takot dan keadaan tak mengizinkan.
Kondisi kereta: TIDAK MEMUASKAN. Enjin berbunyi kasar. "Clutch" dan gas aircond kedai tersebut meminta kami buatnya sendiri.
Apa yang saya tidak puas hati disini:
1. Bayaran semakin hari semakin banyak dan tidak seperti yang dijanjikan.
2. Kondisi kereta juga tidak memuaskan -No Plat patah, kereta kotor, enjin berbunyi kasar.
3. Bengkel tersebut gagal menunjukan nombor pendaftaran syarikat daripada SSM.
Nama dan alamat bengkel:
SK KKD Auto Services
Jalan Paboi, 14110 Simpang Ampat, Pulau Pinang
Sila berhati-hati kalau kereta buat hal tepi highway..lagi selamat tunggu plus sampai rescue korang..maaf kalau ayat terlampau skema. Ayat di atas untuk buat laporan ke KPDNKK.
#viral #Kpdnkk
Resit harga 18-2-2017 dijangka tidak lebih RM1500 |
Resit harga 1-3-2017 Jumlah yang perlu dibayar |
+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media.
Apa Komen Korang?