8 Perkara Orang Malaysia Tak Boleh Hidup Tanpanya!!
Malaysia tentunya sebuah negara yang unik ditambah pula dengan rakyatnya yang tentulah lebih unik dengan kepelbagaikan kaum boleh hidup di dalam satu negara dengan penuh bahagia. Jika Jepun terkenal dengan kehebatan mereka membangunkan mesin dan robot serta tak kurangnya dengan makanan mereka seperti Sushi dan Wasabi, Malaysia juga apa kurangnya.
Berikut kami kongsikan perkara yang hampir semua rakyat Malaysia tak boleh hidup tanpanya!
1. Telefon Pintar
Semua orang hari ni ada smartphones sendiri. Jangan pelik kalau nampak budak sekolah baru Darjah 1 pun dah bawa smartphones pergi sekolah sekarang ni. Tengok sekeliling kita sudahlah mana ada yang tak pegang phone. Masing-masing sentiasa sibuk tenung phone masing-masing. Perkembangan zaman menjadikan manusia tidak lagi bersosial seperti dulu. Kini semuanya lebih digital. Apapun semua ini adalah masa hadapan dan kita sekarang sedang berada di dalam fasa tersebut. Jadi tak hairanlah jika smartphones kini sesuatu yang orang Malaysia tak boleh hidup tanpanya. Setuju?!
2. Sambungan Internet Yang Laju
Perubahan zaman menjadikan kita semua memerlukan sambungan internet yang laju setiap hari. Tengok sekeliling kita masing-masing sibuk dengan telefon. Pemandangan yang kurang sedap nak tengok tapi mahu atau tak kenalah terima perkembangan zaman di mana manusia hari ni berhubung melalui peranti dan bagi mereka itu lebih menyeronokkan.
Siapa yang tak suka dengan internet yang laju. Tengah sedap tengok video sekali tersangkut-sangkut, tentulah mengamuk betul tak? Nak loading Facebook pun terhegeh-hegeh, memang tak pelik kalau korang mengamuk sakan. Itu buktinya kita memang tak boleh dah nak hidup tanpa internet yang laju bersesuaian dengan perkembangan teknologi dan aplikasi hari ini.
3. Main Phone Untuk Dapat Ganjaran
Baru-baru ini juga Digi telah memperkenalkan wajah baru untuk aplikasi MyDigi yang kini berwajah baru dengan antaramuka pengguna yang telah ditambah-baik mengikut dari maklumbalas pelanggan mereka sebelum ini, Kini pengguna dapat melihat maklumat berkaitan data penggunaan dengan jauh lebih mudah berbanding sebelum ini.
MyDigi Rewards™ membolehkan pengguna menerima ganjaran setiap hari dengan Superdeals, ganjaran bulanan, dan juga pelbagai freebies lain. Kehadian fungsi seperti badges membolehkan ianya ditukarkan kepada internet percuma. Awesome kan?!
Tak payah tunggu lagi, download app MyDigi sekarang jugak!! Info lanjut di website DiGi.
4. Data internet Hujung Minggu tanpa had
Dah terlanjur sentuh pasal topik berkaitan smartphones ni, sekarang ni ramai yang tak boleh hidup tanpa internet yang tanpa had terutamanya bila berhujung minggu. Macam-macam aktiviti kita buat pada hujung minggu tapi sayang sebab internet kita tak unlimited, tentulah banyak memori indah yang tak dapat dikongsikan.
Dengan data internet tanpa had, barulah seronok untuk muat-naik apa sahaja pada hujung minggu tanpa langsung perlu risau tentang baki data internet yang ada. Barulah boleh menggunakan smartphones dengan lebih tenang dan menyeronokkan.
5. Powerbank
Lagi canggih telefon, lagi cepat pulak habis bateri dia. Sebab tu sekarang ni orang sentiasa ke mana-mana dengan powerbank sebagai peneman kepada telefon pintar mereka. Bila ada powerbank barulah tak payah lagi nak risau pasal bateri hbais.
6. Ambil Gambar Dulu Baru Baca Doa
Bila makanan dihidangkan atas meja, perkara pertama bukanlah lagi baca doa makan macam dulu. Sekarang semua akan ambil telefon masing-masing dan ambil gambar kadang-kadang sampai 10 minit. Sampai sejuk makanan tu dibuatnya. Segelintir rakyat Malaysia akan berasa risau bila kawan-kawannya tidak tahu apa aktiviti yang mereka lalui. Sebab tu semua benda nak kena muat-naik barulah kawan-kawan tahu betapa hebat kehidupannya. Ada juga yang muat-naik kebahagiaan hidupnya dengan pasangan biar orang tahu dialah manusia paling bahagia atas dunia ni. Tapi hakikatnya menderita di belakang sosial media. Jangan jadi rakyat Malaysia yang macam tu ya!
7. Media Sosial
Facebook, Instagram, Twitter, Snapchat, dan WhatsApp. Semua orang tak kira umur mesti akan ada semua tu atau paling tidak salah satu daripadanya. Media sosial telah banyak menghubungkan manusia dengan jauh lebih mudah dan menarik berbanding dulu. Apapun kena ketahui bahawa ianya ada baik dan buruk dan semua tu ditentukan oleh diri kita sendiri. Jadi pandai-pandailah jaga diri walaupun semua orang tahu yang diri mereka tak boleh hidup tanpa semua ini.
8. Selfie!
Aduh. Buka Facebook ke, Instagram ke, atau apa sahaja dalam internet mesti akan nampak gambar orang selfie. Malaysia merupakan negara paling popular dengan selfie dan tidak hairan kenapa banyak smartphones terbaru di pasaran sekarang ni mempunyai kamera hadapan setinggi 20 megapiksel!!
Orang perempuan terutamanya setiap masa nak selfie sampai memori telefon pun penuh dengan gambar muka sahaja. Ajaibnya dari beribu gambar tu mahunya ada berpuluh gambar dengan posing yang sama tapi nak buat macamana, memang rakyat Malaysia tak boleh hidup tanpa selfie. Selfie lah selagi rasa diri cantik ye tak? Hahaha!
Jadi korang bagaimana? Boleh hidup tak tanpa 8 perkara yang Ohmedia kongsi ni? Kalau soalan ni buat awak berfikir maknanya tak boleh hidup lah tu. Jangan risau sebab bukan awak seorang. Kita geng! Haha!
Apa Komen Korang?