5 Petua Hilangkan Bulu Roma Dengan Mudah dan Tanpa Rasa Sakit - OHGEEKZ

OM Leaderboard Ad

5 Petua Hilangkan Bulu Roma Dengan Mudah dan Tanpa Rasa Sakit


Hari ini, mempunyai kulit yang halus mulus dan licin menjadi dambaan setiap wanita. Kulit halus dan mulus itu juga adalah kulit yang bebas daripada bulu roma.

Namun tidak semua wanita dilahirkan dengan kulit yang bebas bulu roma secara semula jadi. Ada diantaranya mempunyai bulu roma yang sangat lebat terutamanya dibahagian terbuka seperti lengan, kaki ataupun muka.

Walaubagaimanapun, wanita yang mempunyai bulu roma lebat itu bukanlah tidak cantik tetapi ia mungkin memberi kesan pada penampilan seseorang wanita itu. Malah mengurangkan bulu dibahagian badan akan menjadikan diri lebih selesa dan yakin.

Oleh yang demikian ramai wanita tersilap langkah memilih cara untuk membuang bulu-bulu tersebut dengan menggunakan pisau pencukur biasa. Penggunaan pisau cukur pada kulit akan mengakibatkan kulit menjadi kusam, gelap malah bulu roma akan tumbuh lebih lebat.


Malah, 95% wanita merapikan kening mereka menggunakan tweezers (pengepit bulu) untuk menjimatkan bajet namun mereka meletakkan diri dengan risiko kerana bahagian mata adalah tempat yang sangat sensitif.

Oleh itu, nah ini +Oh Media kongsikan 5 petua menghilangkan bulu roma tanpa kesan sakit menggunakan pelbagai bahan semualajadi.

1. Betik dan Kunyit


Betik memiliki manfaat untuk menghilangkan bulu-bulu yang terdapat pada kaki dan tangan. Caranya, kupas dan hancurkan betik kemudian campurkan dengan sedikit kunyit menjadi seperti masker. Lalu, oleskan campuran itu pada tangan dan kaki selama 20 minit kemudian bilas. Amalkan rutin ini sekurang-kurangnya 2 kali seminggu untuk kesan sempurna.

2. Tawas dan Air Mawar


Petua hilangkan bulu roma menggunakan tawas dan air mawar ini merupakan berasal dari India dan Pakistan. Campuran tawas dan air mawar adalah satu ramuan tradisional yang biasa digunakan oleh perempuan disana untuk menghilangkan bulu roma pada tangan dan kaki.

Caranya, campurkan tawas kedalam air mawar. Kemudian menggunakan kapas, oleskan campuran itu pada bahagian yang dikehendaki, tunggu sehingga kering kemudian ulang langkah yang sama sehingga satu jam dan basuh. Amalkan 3-4 seminggu untuk kesan terbaik. 

3. Gula, Madu dan Lemon


Bulu roma boleh dihilangkan dengan menggunakan campuran gula, madu dan perahan air lemon. Campurkan kesemua bahan, panaskan campuran selama beberapa minit agar adunan jadi sebati. Kemudian oleskan ke bahagian yang ingin dihilangakn bulu, tampal waxing strip akhirnya tarik melawan arah bulu itu tumbuh. 

4. Gula, Sirap, Lemon


Ramai yang tak tahu bahawa sirap mampu menghilangkan bulu roma. Caranya, panaskan 1 cup gula pasir dalam microwave sehingga cair. Kemudian tuangkan 2-3 sudu sirap dan panaskan kembali selama 3 minit. Setelah gula dan sirap sebati campurkan perahan air lemon dan biarkan menjadi suhu sederhana. Kemudian oles pada tempat yang dikehendaki, dan wax melawan arah bulu roma tumbuh.

5.  Pisang dan Oatmeal


Scrub campuran pisang dan oatmeal juga mampu untuk menghilangkan bulu-bulu yang tidak dikehendaki di tangan dan dan kaki. Caranya sangat mudah, hancurkan pisang dan gaul bersama oatmeal. Gosok pada permukaan secara perlahan dan memutar. Biarkan selama 15-20 minit. Kemudian bersihkan. Ulang rutin ini dua kali seminggu. 

Siapa sangka pelbagai bahan yang boleh digunakan utk menghilangkan bulu roma. Namun, petua ini sangat terhad. Ia hanya sesuai dipraktikkan di kawasan-kawasan terbuka seperti kaki dan tangan. Bagaimana bulu-bulu di bahagian sulit, ketiak dan wajah. Kaedah ini mungkin tidak bersesuaian.

Malah petua-petua diatas mungkin memerlukan masa dan kesabaran yang tinggi untuk menghasilkan yang terbaik. Alangkah bagus jika ada teknologi yang mudah dan jimat masa untuk hilangkan bulu roma?

Jesteru itu, Veet telah melancarkan inovasi khas bagi memudahkan kaum wanita tampil yakin tanpa bulu roma dibahagian badan. 

BEBAS BULU CARA MUDAH DENGAN VEET SENSITIVE TOUCH


Ia merupakan pencukur elektronik yang kecil dan sesuai digunakan terutamanya ditempat-tempat yang sensitif seperti wajah, bahagian kemaluan dan ketiak. Teknologinya menjadikan pencukuran lebih tepat dan lembut dipermukaan kulit.

Veet Sensitive Touch didatangkan dengan pakej lengkap yang boleh menyelesaikan masalah wanita serta merta. Penggunaanya yang sangat mudah dan selamat.



Malah ia sangat sesuai digunakan ditempat-tempat yang sulit seperti wajah, ketiak atau bahagian kemaluan. 


PELUANG UNTUK SERTAI KELAS MAKEUP BERSAMA AMBER CHIA

Tahukah anda berpeluang untuk menyertai kelas makeup bersama model dan selebriti terkenal Amber Chia yang bernilai RM600 dengan kerjasama Amber Chia Academy? Wow! Best kan?

Contest mudah ini berlangsung diseluruh negara melibatkan pasaraya Guardian, Watsons, Caring dan Aeon Wellness. Bermula dari 1 Mei hingga 30 Jun 2017.

Macam mana cara nak join?

Anda hanya beli, SMS dan berpeluang untuk menang. Senang kan?

Selamat mencuba! 


Dikuasakan oleh Blogger.