Doktor Berjaya Keluarkan 280 Bebola Kristal Dari Perut Kanak-Kanak - OHGEEKZ

OM Leaderboard Ad

Doktor Berjaya Keluarkan 280 Bebola Kristal Dari Perut Kanak-Kanak


Seorang doktor berjaya mengeluarkan 280 biji bebola polimer bersaiz kecil daripada perut seorang kanak-kanak perempuan apabila bapanya sendiri yang menyuapkan bebola itu kerana menyangka ianya adalah sejenis gula-gula.

Walaubagaimanapun, selepas menyedari bahawa bebola polimer itu bukanlah gula-gula, ibubapa kanak-kanak malang itu bergegas membawanya ke hospital dan laporan X-ray menunjukkan bahawa bahan itu sudahpun memenuhi perut anak mereka.


Kanak-kanak itu bernasib baik kerana bebola polimer itu masih belum mengembang di dalam perut dan berjaya dikeluarkan.

Doktor berjaya mengeluarkan 200 biji bebola polimer itu dan bakinya akan dikeluarkan dalam tempoh 24jam.

Untuk pengetahuan semua, bebola polimer biasanya gunakan untuk diletakkan didalam pasu bagi membekalkan air kepada tumbuhan. Ia mampu menyerap dan mengembang hingga 500 kali ganda daripada jisim sebenar apabila dimasukkan ke dalam air.


 


-------------------------------------------

Wangi Sampai Buat Orang Sebelah Pengsan??!
Itulah

THE LOUVRE PARFUM

https://www.facebook.com/ohperfumenista
Dikuasakan oleh Blogger.