Misteri Samsung Galaxy S7 Edge Menunjukkan Garis Merah Jambu Menegak
Kemelut yang melanda Samsung Galaxy Note 7 hampir berakhir dan hanya menjangkakan kedatangan Galaxy S8 dan S8 Plus yang baru-baru ini mengesahkan Samsung Galaxy Note 8. Nampaknya eksekutif Samsung mungkin masih belum bersedia untuk berehat seperti ianya baru sahaja menerima aduan dari pengguna. Cukup dengan peranti terlalu panas dan bateri meletup, Samsung telah pun mengenal pasti punca dan dapat hikmahnya dari kejadian itu. Buat masa ini, mari kita beri tumpuan kepada masalah baru yang pengguna Galaxy S7 Edge mengadu pula.
Dilaporkan, terdapat banyak pengguna mengadu tentang garis merah jambu menegak pada skrin. Ini tidak kelihatan kecil kerana terdapat laporan yang sama dikongsi dalam forum yang berbeza. Kebanyakan masalah ini telah dikongsi di forum rasmi Samsung tetapi Syarikat gergasi teknologi Korea Selatan itu tidak secara rasmi mengakui isu tersebut. Terdapat satu maklum balas dari pekerja yang menyatakan telefon harus dinilai. Samsung boleh berbuat demikian tetapi ini bermakna peranti korang tidak akan berada di tangan korang.
Pembaikpulihan sementara yang baru-baru ini dikongsikan termasuk dengan "reseting" warna pada skrin iaitu Merah, Biru dan Hijau. Cahaya menekan pada skrin sebelah atas juga terdapat pembetulan. Ia menjadi lebih menarik dan berharap ia akan dapat menekesaikan masalah ini, Samsung Benelux baru sahaja berkata ia mungkin akan melakukan sesuatu dengan skrin yang retak. Kita tahu bahawa bukanlah selalu berlakunya kes-kes yang melibatkan skrin retak sesetangahnya tidak mempunyai retak. Sekurang-kurangnya ia jelas sekarang bahawa isu garis merah jabu menagak itu boleh diperbaiki jika peranti korang masih berada dibawah jaminan Samsung.
Sumber : myce
Apa Komen Korang?