Dengan RM20 Anda Boleh ke Pulau Boracay? Betul, Tak Tipu! - OHGEEKZ

OM Leaderboard Ad

Dengan RM20 Anda Boleh ke Pulau Boracay? Betul, Tak Tipu!


Jika Thailand terkenal dengan Phuket dan Indonesia pula sangat terkenal dengan Bali, Filipina apa kurangnya kerana amat terkenal dengan Pulau Boracay (Boracay Island). Bila dengar sahaja tentang Pulau Boracay. tentu ramai yang dah dapat membayangkan betapa cantik laut dan persisir pantai memutih di sana.

Tapi apa caranya untuk ke Boracay dengan hanya RM20? Sebelum tu kini ada 3 sebab mengapa anda perlu bercuti di Pulau Boracay walau sekali seumur hidup!

1. Pulau tercantik paling dekat dengan anda


Mungkin ramai yang impikan sebuah percutian ala-ala di pulau Bora-Bora atau Maldives tapi tidak berkesempatan kerana jauh dan melibatkan kos yang sangat mahal, maka Boracay lah destinasi terbaik untuk anda nikmati percutian yang hebat tetapi masih di dalam lokasi yang masih tidak jauh dari Malaysia. Penerbangan mengambil masa 4 jam dari Kuala Lumpur ke Kalibo dan 2 jam perjalanan dengan van dari lapangan terbang Kalibo ke jeti Caticlan.

2. Boleh pilih percutian mengikut bajet


Terdapat 3 jenis station di Pulau Boracay iaitu station 1 adalah bagi mereka yang inginkan percutian mewah dan privasi. Di station ini terdapatnya hotel-hotel mewah dan pantai persendirian yang dikhaskan untuk pelanggan sahaja. Bagi station 2 adalah bagi percutian yang sederhana manakala station 3 adalah untuk bagi backpackers yang lebih memilih percutian bajet.

3. Sudah pasti air laut yang biru dan pasir pantai yang memutih



Bukan mudah nak jumpa pantai yang mempunyai pasir yang sangat bersih dan indah berlatarbelakangkan lautan yang membiru. Sebab itu Pulau Boracay pernah beberapa kali dinobatkan sebagai salah satu destinasi pelancongan tercantik di dunia!

4. Penduduk tempatan yang menyambut kedatangan anda


Filipina amat dikenali sebagai sebuah negara yang penduduknya amat mengalu-alukan kedatangan pelancong dari luar. Tak ada apa yang menggembirakan kita apabila ketibaan di sana disambut dengan senyuman dan juga bantuan mereka selama kita berada di sana. Malah anda tidak perlu membawa map setiap masa kerana penduduk di sana sangat ramah dan sedia membantu anda jika diperlukan. Majoriti penduduk di sana juga amat fasih berbahasa English.

5. Pelbagai aktiviti menarik ada di sini


Bukan sahaja anda dihidangkan dengan keindahan pantainya mlah Boracay juga turut menyediakan pelbagai aktiviti menarik sepanjang percutian anda. Daripada aktiviti air, udara mahupun darat antaranya adalah snorkeling, Fly fish, Horseback Riding, Zipline, ATV ke Gunung Luho dan payung terjun. Jangan lupa untuk mencuba Kitesurfing bila berada di Boracay!

6. Berpeluang membuat terjunan ala-ala penerjun Olimpik


Antara aktiviti terkenal dikalangan pelancong yang tidak wajar untuk anda lepaskan adalah mencuba aktiviti Cliff Jumping atau melompat dari tebing di Ariel Point. Malah anda boleh memilih ketinggian yang anda mahukan. Ini pastinya menjadi satu titik dan sejarah manis sepanjang umur anda.

7. Makanan halal yang mudah untuk didapati


Selain makanan seafood yang fresh, apa yang paling penting dititik beratkan bagi pelancong beragama Islam adalah makanan halal. Tapi anda langsung tak perlu risau kerana di Boracay terdapat banyak restoran yang menyediakan makanan halal malah mereka sangat mengalu-alukan pelancong dari Malaysia.

+ Sumber gambar: Wikipedia

Melancong Ke Pulau Boracay Dengan Hanya RM20!

Jadi bagaimana dengan RM20 akan membawa anda ke Pulau Boracay?


Ketika ini sedang berlangsungnya Cabaran Shaylanista 3.0 dari bulan November lalu sehingga Januari 2017 selama 3 bulan berturut-turut. Cabaran Shaylanista 3.0 ini terbuka kepada semua wanita yang bertudung. Jika anda seorang wanita dan bertudung, ini memang perlu anda cuba!

Dengan menyertai Cabaran Shaylanista kali ini, mana tahu rezeki anda untuk dapat bercuti selama 4 hari dan 3 malam ke Pulau Boracay! Caranya cukup mudah dengan hanya beli Syampu SAFI Shayla yang berharga RM20 kemudian dapatkan resit asal dan SMS 5 digit terakhir di resit untuk menang! Senang kan?

Keterangan lanjut sila ke Facebook SAFI. Kalau dapat ke Pulau Boracay nanti bolehlah bawa Ohmedia sekali kan? Hehe!






Dikuasakan oleh Blogger.