8 Tumbuhan Yang Dapat Membantu Anda Tidur Agar Lebih Sempurna - OHGEEKZ

OM Leaderboard Ad

8 Tumbuhan Yang Dapat Membantu Anda Tidur Agar Lebih Sempurna


Tumbuh-tumbuhan rumah membantu menapis udara dan oksigen ke rumah anda, mereka juga menambah warna serta keceriaan yang amat diperlukan dan kehidupan tempat tinggal anda. Memilih tumbuh-tumbuhan yang sesuai untuk bilik tidur anda boleh menjadi salah satu cara yang terbaik untuk membantu memberikan malam anda yang santai dengan tidur dengan lena.
Terdapat pelbagai jenis tumbuhan untuk dipilih di luar sana, kebanyakan spesies ini sering diabaikan olleh sesetengah orang, jadi kami berharap artikel ini dapat membantu tumbuhan itu dibawa pulang ke rumah dan di dalam bilik tidur anda. Berikut adalah 8 tumbuhan disenaraikan yang boleh membantu meningkatkan rasa kelainan semasa berada bilik tidur anda dan meningkatkan kualiti tidur anda, caca ini adalah untuk memastikan anda benar-benar mendapat tidur yang lebih baik.

1. Jasmine 


Lebih dikenali sebagai bunga melur di Malaysia, The Wheeling Jesuit University telah menjalankan satu kajian dimana ia telah membuktikan keberkesanan melati sebagai bantuan tidur semula jadi. Kesan positif daripada itu termasuklah hasil kualiti tidur seseorang itu dapat, mengurangkan kegelisahan dan emosi bertambah baik apabila bangun dari tidur. Bunga melur juga boleh meningkatkan suasana bilik tidur anda, dengan campuran anggur yang keringkan dan kelopak bunga berbentuk bungkusan kecil. Jasminum polyanthum khususnya, tidak sentiasa berkembang tetapi ia sangat mudah untuk dijaga berbanding tumbuhan rumah yang lain, ditambah pula baunya yang hebat.

2. Lavender


Lavender adalah salah satu ubat semula jadi yang biasa digunakan oleh manusia untuk beberapa perkara seperti wangian sabun, pewangi pakaian dan syampu. Ia juga adalah ejen pembersihan yang hebat tetapi kegunaanya tidak berhenti di situ sahaja, lavender sebenarnya boleh membantu merawat penyakit insomnia dan keresahan. Para penyelidik mengakui bahawa jika terhidu baunya boleh dapat menenangkan diri seseorang dan kesan mengantuk apabila kita menghirup wangian dari lavender.

3. Gardenia


Gardenia jamsinoides, sering dipanggil sebagai Cape jasmine, ia mempunyai keupayaan sebanyak dos tablet ubat tidur yang mampu mendorong kita untuk tidur. Kajian di Jerman mendedahkan bahawa selepas ujian ke atas tikus, bunga-bunga ini mempunyai kesan yang sama seperti valium pada neurotransmitter yang dikenali sebagai GABA. Tikus yang disimpan dalam sangkar yang mempunyai ketulenan wangi yang tinggi menjadikan ia kurang aktif dan duduk santai di sudut. Ini boleh menghasilkan keputusan yang sama pada manusia dan membantu anda terlena dalam sekelip mata.

4. Pokok Ular


Ia lebih dikenali sebagai "Pokok Lidah Mak Mentua" atau nama sintifiknya "sansevieria", Pokok ular disarankan untuk tanam kerana ia adalah salah satu cara yang baik untuk meningkatkan ketulenan oksigen di rumah anda. Ia sangat sesuai untuk diletakkan di dalam bilik tidur dengan kos penyelenggaraan yang rendah. Tumbuhan ini telah pun diberi pengiktirafan oleh pengkaji NASA dalam membuat kajian yang dijalankan untuk disenaraikan sebagai 12 tumbuhan penulenan udara.

5. Lidah Buaya


Ini merupakan satu lagi penyembuh semulajadi yang sangat baik bagi menenangkan keradangan, parut dan kulit terbakar. Ia juga boleh menyahtoksik dalam badan tetapi ia memerlukannya dengan banyak, lidah buaya boleh membantu membasmi pencemaran kimia yang terdapat dalam agen pembersih, sekali gus membersihkan udara di dalam bilik tidur dan seluruh rumah anda. Apabila bahan kimia berbahaya berada pada tahap yang tinggi di rumah anda, tumbuhan itu akan membentuk tompok coklat, ia dapat memberitahu situasi keadaan sekeliling rumah anda.

6. English Ivy


Nama sintifiknya adalah Hedera helix, NASA juga telah memberi pengiktirafan kepada English Ivy sebagai salah satu tumbuhan 12 pokok penulenan udara. Ini disebabkan ia merupakan tumbuhan yang paling cekap apabila menyerap formaldehid. English ivy mudah untuk berkembang, kekal dalam suhu sederhana dan berada pada pendedahan cahaya medium matahari. English Ivy dikenali sebagai pokok bilik tidur yang terbaik dalam membantu tidur anda dari segi keberkesanan dan mudah.

7. Red Edged Dracaena


Sedap mata memandang dan agak besar, ini adalah tumbuhan yang hebat untuk mengisi ruang kosong atau menyediakan atas tujuan hiasan untuk ruang tamu anda. The Red Edged dracaena boleh mengeluarkan toksin seperti formaldehid, xilena dan trichlorethylene. Tumbuhan ini boleh membesar sehingga 15 kaki dan memerlukan cahaya matahari yang mencukupi untuk pertumbuhan optimum. Ingat, seseorang itu perlu mengambil kira fakta-fakta ini sebelum membeli.

8. Golden Pothos


The Golden Pothos adalah tumbuhan yang terakhir dalam senarai kami, ia juga terdapat didalam senarai NASA dengan keupayaan yang luar biasa dalam penulenan udara, ini bermaksud ia membantu tidur malam yang lebih baik untuk anda. Golden Pothos adalah tumbuhan tergantung besar seperti daun langsir. Ia memerlukan sedikit perhatian dan memerlukan tahap rendah cahaya matahari. Ia menjadi pilihan bagi mereka yang mempunyai jadual harian yang padat dan suka aktiviti bercucuk tanam.


Dikuasakan oleh Blogger.