Malam tadi telah berlangsungnya Volunteer Malaysia Awards yang buat julung-kalinya diadakan bagi menghargai para sukarelawan di Malaysia yang telah banyak memberikan sumbangan mereka kepada masyarakat secara sukarela hingga menyumbang ke arah positif dalam komuniti. Anugerah berprestij tinggi yang berlangsung di Sunway Hotel & Spa ini telah disempurnakan dengan kehadiran Perdana Menteri, Dato'seri Najib Tun Razak dan isteri.
Banyak pihak yang telah terlibat dalam melakukan aktiviti kemasyarakatan antaranya dari kalangan media, artis, sekolah-sekolah dan beberapa institusi di Malaysia ini telah diberi penganugerahan pada hari tersebut. Antara yang melibatkan diri dalam melakukan aktiviti kesukarelawan itu ialah Faizal Tahir, Dato Siti Nurhaliza, Primeworks, Universiti Putra Malaysia, dan ramai lagi.
Malam anugerah ini telah dimeriahkan dengan persembahan pembukaan dari Inversion Dance Group dan diikuti persembahan penuh bertenaga dari Jacklyn Victor, Aisyah Aziz, serta Azlan And The Typewriter.
Sebanyak 13 anugerah yang telah dipertandingkan dalam Volunteer Malaysia Awards dan berikut adalah senarai penuh pemenang yang telah dipilih oleh masyarakat sendiri.
Inisiatif Sukarelawan Terbaik ketogori Sektor Perkhidmatan Awam:
Program Dota Jauhar - Yayasan Pelajaran Johor
Inisiatif Sukarelawan Terbaik ketogori Sektor Swasta:
Haji Ramli bin Bakar - Kelab Kebajikan dan Pendidikan Puncak
The recipients of the Bronze Achievement Awards have managed to clock in 100 to 174 volunteer hours with activities such as “gotong-royong”, mangrove planting & repair work. Good job!
The recipients of the Silver Achievement Awards have managed to clock in 175 to 249 volunteer hours with activities such as “War on Dengue”, student mentoring programs, street “dakwah” & work with senior citizens. Good job!
The recipients of the Gold Achievement Awards have managed to clock in 250 volunteer hours and above with activities such as health awareness, entrepreneurship, flood relief, volunteer training & Public Art Movement. Good job!
Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Razak sempat memberikan ucapan ringkas yang menyuntik semangat untuk lebih ramai tampil menjalankan aktiviti kesukarelawan pada masa akan datang.
Nyanyian dari penerima anugerah iM4U fm untuk lagu kemanusiaan terbaik, Faizal Tahir dengan lagunya "Assalamualaikum" menjadi penutup kepada acara malam tersebut yang penuh gilang-gemilang.
Anugerah untuk menghargai aktiviti kesukarelawan di Malaysia ini amatlah bagus untuk terus diadakan bagi memberikan penghargaan kepada semua pihak yang banyak membangunkan masyarakat dan dalam masa yang sama memberi contoh dan tauladan yang baik kepada generasi muda hari ini.
Apa Komen Korang?