Backup Maklumat iOS Dengan Google Drive Apabila Beralih Kepada Android
Jika korang terpikir untuk menukar smartphone pada tahun baru ini dan bercita-cita untuk menggunakan iOS, maka korang akan memerlukan berbagai-bagai bantuan untuk memindahkan berjuta-juta file dari smartphone lama ke baru. Korang sebenarnya sudah boleh membuat persediaan untuk membuat backup fail dan apa yang perlu korang buat adalah dengan memuat turun atau kemas kini Google Drive korang.
Daripada laman web Android sebenarnya telah memberitahu cara setiap langkah demi langkah dan proses tersebut sangat rumit dan terperinci untuk membuat backup fail dan memindahkannya. Dan apabila kita katakan ianya rumit ramai pula yang mula merungut dan menyindir. Mereka sebenarnya memberikan hanya tiga langkah mudah tanpa melakukanya sehingga berpeluh. Pertama sekali, korang perlu memuat turun aplikasi Google Drive pada peranti iOS korang dan kemudian log masuk dengan akaun Google anda yang sedia ada. Jika korang tidak mempunyai akaun gmail lagi, korang boleh dengan mudah membuatnya dengan segera. Dan jika korang sudah mempunyai Google Drive, pastikan korang kemas kini untuk versi terkini.
Seterusnya, apabila korang sudah berada dalam Google Drive, korang perlu membuat backup fail korang dengan pergi ke Menu > Setting > Backup of your app. Korang boleh memilih fail atau folder tertentu yang korang mahu simpan atau jika korang terlalu malas untuk berbuat demikian atau korang mempunyai terlalu banyak fail, maka korang boleh membuat backup kesemuanya sekali dan semua yang korang perlu lakukan adalah dengan klik "Start Backup". Dan akhir sekali, apabila peranti Android korang sudah tersedia, hanya log masuk ke akaun Google korang dan segala-galanya sudah berada di sana.
Hanya dengan memastikan bahawa korang menggunakan akaun yang sama untuk Google Drive dan akaun Google pada peranti Android korang. Korang akan dapat melihat foto-foto korang di Google Foto, Contact korang akan sync dalam aplikasi Contact app. Dan korang akan dapat melihat semua event korang dalam Google Calendar. Selamat bermigrasi!
Sumber : Android
Apa Komen Korang?