10 Games PS4 Paling Popular 2016
Bermain permainan video memang sesatu yang paling popular untuk mengisi masa lapang. Percaya atau tidak? Dia menawarkan pada korang masa, bulan dan hiburan tanpa had untuk sesiapa yang menikmatinya. Lebih-lebih lagi waktu cuti sekolah telah bermula, permainan video boleh jadi sebahagian daripada senarai membeli-belah korang. Jom kami beri sedikit cadangan untuk korang beli permainan PS4 yang terbaik.
10. Lego Star Wars: The Force Awakens
Versi The Force Awakens ini sama dengan permainan Lego sebelumnya. Tetapi, pengenalan pada sistem baru ini memberikan pemain pilihan bangunan yang korang boleh musnahkan dan bina semula untuk membuka haluan baru. Selain itu juga, korang dapat bersembunyi di sebalik perlindungan dan "Blaster Battles" boleh menyertai dengan musuh. Cuba lebih 200 watak-watak dimainkan dalam permainan dan meneroka belakang cerita mereka!
09. Call of Duty: Modern Warfare Remastered
Edisi ini adalah versi remastered permainan Call of Duty: Modern Warfare. Beberapa perubahan termasuklah definisi tinggi, tekstur yang dipertingkatkan, dan banyak lagi. Mod permainan seperti biasa, campaingn dan multiplayer. Korang boleh menikmati sepuluh peta kegemaran peminat dari mod multiplayer dan mengakses baki peta akhir tahun ini. Perkembangan disediakan didalam permainan ini untuk membuka item khas dalam permainan ini.
08. Watch Dogs 2
Korang boleh menikmati permainan action, advanture ini dalam suasana yang fiksyen daripada kawasan San Francisco Bay. Bermain dari segi perspektif orang ketiga, korang menavigasi dengan berjalan kaki atau menaiki kenderaan dengan menggunakan watak-watak permainan untuk menghapuskan sistem pengawasan yang canggih di bandar ini. Misi boleh disiapkan dalam beberapa cara dan perlawanan kompetitif bermain adalah diperolehi dengan cooperative multiplayer capability.
7. BioShock: The Collection
Bio Shock: The Collection merupakan harta karun bagi mereka yang suka permainan atau berminat untuk bermain. Koleksi ini mengandungi versi remastered daripada BioShock dan BioShock 2. Ia juga termasuk kandungan yang sengaja telah telah dikeluarkan sebagai pek kandungan atau eksklusif. Pemilik permainan ini juga akan mendapatkan pengalaman komentar pengarah, mod permainan mencabar, dan konsep pemandangan pembangunan terbengkalai.
6. Deus Ex: Mankind Divided
Watak utama permainan ini, Jensen, adalah sebahagian daripada pasukan petugas yang ditugaskan untuk misi khas. Terdapat satu peristiwa dimana semasa misi dijalankan dia mengesyaki ada agenda tersembunyi sedang bermain dari dalam yang dibawa keluar. Ini membuatkan dia mula menyiasat dalaman organisasinya sendiri. Misi peribadinya itu membawa beliau untuk mencari penemuan yang mengejutkan dan meletakkan dia dalam keadaan buntu.
5. Ratchet & Clank 2016
Semasa bermain Ratchet and Clank, korang akan menghabiskan sebahagian besar masa bermain sebagai Ratchet yang dalam misi untuk mengalahkan musuh-musuh dalam persekitaran yang berbeza. Ratchet dapat menggunakan pelbagai senjata dan alat dan bahkan dapat menggunakan bantuan Clank. Clank jarang dimainkan tetapi banyak membantu Ratchet sepanjang permainan ini dengan menyediakan keupayaan berfungsi untuk bertindak seperti menyelam, terbang dan sebagainya. Walaupun permainan ini berkaitan dengan permainan pertama dalam siri ini, ia menyediakan pelbagai elemen yang berbeza.
4. Dishonored 2
Kepada yang ketagihan permainan action-adventure pasti akan berseronok dengan permainan video menakutkan ini. Ia adalah sekuel kepada Dishonored. Jalan cerita yang bermula lima belas tahun selepas siri pertama di dalam sebuah empayar khayalan. Pada permulaan permainan ini membolehkan korang memilih watak untuk korang bermain dalam menyelesaikan misi yang telah ditetapkan dalam jalan cerita. Tema yang berlainan pada setiap peringkat memberikan korang satu pengalaman permainan yang menyeronokkan.
3. NBA 2K17
Jika korang suka bersukan terutamanya bola keranjang, NBA 2K17 adalah permainan korang boleh layan. Ia adalah permainan video simulasi bola keranjang yang berpusat pada pengalaman Persatuan Bola Keranjang Kebangsaan (NBA). Mod permainan yang berbeza dan pengubahsuaian menggalakkan pengalaman yang unik bagi mana-mana individu. Beberapa mod membolehkan untuk korang mengawal organisasi keseluruhan atau mewujudkan satu pasukan untuk bermain menentang pasukan lain.
2. Titanfall 2
Titanfall 2 adalah permainan first-person shooter dan ia adalah sekuel kepada Titanfall. Titanfall adalah permainan pemain pasukan dengan objektif dan menetapkan watak korang sebagai askar atau "pilot". "Pilots" mempunyai keupayaan untuk mengawal Titans yang mempunyai gaya mecha exoskeletons. Permainan ini membentangkan suasana perang yang menangani penerokaan angkasa lepas. Titanfall 2 adalah juga serupa dengan sebelumnya.
1. Overwatch
Permainan dalam pasukan yang kompetitif ini membolehkan korang memilih seorang wira untuk bermain dan bekerja dengan pasukan korang dalam mencapai objektif pertempuran dan mengalahkan pasukan lawan untuk menuntut kemenangan. Setiap wira mempunyai kebolehan yang unik dan mempamerkan kuasa serta gear mereka. Heroes dipisahkan kepada empat ketogori yang menawarkan kepakaran pertempuran yang berbeza. pertempuran epik ini diperjuangkan di seluruh dunia pada pelbagai lokasi peta.
Ini yang kami main dan kami cadangkan untuk korang. Tetapi kalau korang ada permainan video yang lebih menarik, jangan lupa kongsi-kongsi sikit dekat page Facebook kami.
Apa Komen Korang?