Malaysia Masih Antara Bandar Paling Mudah Jalankan Perniagaan - Bank Dunia - OHGEEKZ

OM Leaderboard Ad

Malaysia Masih Antara Bandar Paling Mudah Jalankan Perniagaan - Bank Dunia

Foto dari Malaysia Travel
Meskipun Malaysia mengalami krisis ekonomi yang tidak menentu ketika ini namun, negara ini masih lagi berada ditangga teratas didalam senarai 25 negara yang mudah melakukan perniagaan seperti yang disahkan Bank Dunia.

Dalam laporan Doing Business 2017, Malaysia kini berada di tangga ke 23 iaitu turun daripada rangking tahun lepas dari segi kemudahan menjalankan perniagaan.

Meskipun mengalami penurunan, negara ini tetap mendahului negara-negara maju dunia Switzeland yang berada di tangga 31, Perancis (29), Belanda (28), Emiriah Arab Bersatu (26), Jepun (24), China (78) dan India (130).

Malaysia juga lebih awal mendahului kebanyakkan negara-negara Asia Tenggara yang lain termasuk Thailand dan Indonesia. Ia hanya mengekori Singapura yang berada di tangga nombor 2 keseluruhan.

Bank Dunia menilai kedudukan ekonomi dengan kemudahakn menjalankan perniagaan daripada 1 hingga 190. Kemudahan menjalankan perniagaan tinggi bermakna persekitarannya dikawal selia dengan lebih kondusif untuk permulaan sehingga operasi sesebuah firma.

Buat pertama kali, pembangunan pemberi pinjaman yang perpangkalan di Washington juga mengambil kira faktor jantina dalam menilai bagaimana mudahnya untuk masyarakat menjalankan perniagaan, mendaftar harga dan menguasai kontrak.

Sumber: imoney.my
Dikuasakan oleh Blogger.