Awie Selamat Dinikahkan Dengan Gadis 29 tahun, Sharifah Ladyana - OHGEEKZ

OM Leaderboard Ad

Awie Selamat Dinikahkan Dengan Gadis 29 tahun, Sharifah Ladyana


Dengan sekali lafaz, Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman, 48, selamat diijabkabulkan dengan pasangannya Sharifah Ladyana Syed Shamsuddin, 29, jam 12:10 tengahari tadi. Pernikahan mereka dijalankan di lokasi yang dirahsiakan atas permintaan Awie sendiri dan hanya dihadiri anak-anak Awie dan anggota keluarga terdekat.

Awie dan Sharifah Ladyana masing-masing mengalirkan air mata selepas berakhirnya majlis akad nikah tersebut. Awie mengaku terpikat dengan keikhlasan Sharifah Ladyana dalam melayani 5 orang anaknya seperti darah-daging sendiri.

"Dia wanita yang bersederhana dalam segala hal serta pandai membawa diri. Paling penting, dia bukan saja menerima saya seadanya, malah menyayangi anak-anak saya tanpa syarat. Keikhlasan itu yang menambat hati saya untuk menyuntingnya sebagai suri hidup. Bagi saya, kebahagiaan ini bukan untuk saya seorang, sebaliknya kepada anak-anak saya yang perlukan belaian ibu,"

Awie sebelum ini pernah mendirikan rumahtangga dengan Arni Nazira pada tahun 1998 namun bercerai pada tahun 2006 sebelum berkahwin pula dengan Rozana Misbun pada tahun yang sama sebelum bercerai beberapa tahun yang lalu.


Menerusi perkahwinan dengan Arni, Awie dikurniakan dua anak perempuan iaitu Puteri Aleeya Antasha, 16, dan Puteri Aleefa Antasha, 14. Bersama Rozana Misbun pula, Awie dikurniakan tiga anak iaitu Putra Ahmad Merrah, 9, Putra Ahmad Rezzki, 8, dan Puteri Qasseh Antasha, 6.


Rujukan: Berita Harian.

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media.
Dikuasakan oleh Blogger.