5 Action Kamera Paling Baik Yang Pernah Kami Gunakan. - OHGEEKZ

OM Leaderboard Ad

5 Action Kamera Paling Baik Yang Pernah Kami Gunakan.

Di luar sana ada bermacam-macam jenis dan jenama action camera seperti Sony, GoPro, Garmin dan lain-lain lagi.Untuk memilih action camera yang baik adalah bergantung kepada pengguna sebenarnya, tetapi terdapat panduan bagaimana untuk memilihnya. Kata orang, biarlah berbaloi dengan apa yang dibayar.

Kualiti gambar adalah benda paling penting dalam memilih action kamera. sentiasa semak pada frames rate dari pada max resolution kamera, kerana sesetengah model action kamera yang murah menggunakan frame rates sekadar 15 fps, membuatkan video menjadi kaku. Tetapi jika menggunakan 4K sekurang-kurangnya 30 fps dan boleh menangkap 1080p HD pada 60 fps.

Pastikan action kamera yang anda beli mudah untuk mendapatkan aksesori sama ada ianya percuma ataupun perlu dibeli bergantung kepada pengeluar. Kadang kala anda memerlukannya seperti menyelam didalam air, menggantung pada cermin kereta ataupun digunakan semasa menunggang motosikal. Mari kita lihat 5 action camera yang paling baik pernah kami gunakan.



1. GoPro Hero5 Black

Jika disebut tentang action kamera, tidak lain dan tidak bukan GoPro akan terlintas di kepala. Jika anda ingin mendapatkan yang terbaik, camera yang mempunyai tindakan komprehensif sepenuhnya, anda perlu lihat satu jenama sahaja yang terkini, GoPro Hero5 Black. Sekarang ia didatangkan dengan kalis air yang mampu untuk berada 10 meter kedalaman air tanpa casing dan tahan lasak, bermakna ia mampu hidup walaupun dalam seteruk-teruk keadaan.

Video yang mampu dirakam mencecah sehingga 4K pada 30fps, dan menagkap gambar menggunakan 12MP kamera dalam format RAW. Jangka hayat GoPro bateri bergantung pada penggunaan dan tetapan anda, anggaran GoPro berikan untuk pengguna adalah 1-3 jam penggunaan.

Dan buat pertama kalinya, GoPro mengeluarkan action camera yang mempunyai skirn sentuh sebesar 2 inci di belakang kamera memudahkan pengguna untuk membuat tetapan, GPS untuk menangkap lokasi anda, dan mempunyai pensabilan video untuk menagkap video degan lebih lancar.

Kepada jurugambar yang berpegalaman, anda boleh ke tetapan foto untuk mengubah tetapan seperti white balance, image sharpness, dan ISO. Seperti semua kamera GoPro, yang Hero5 Black menghubungkan ke aplikasi telefon pintar untuk kawalan jauh, pratonton imej dan main semula video. Terdapat juga USB mikro, mikro HDMI dan port microUSB.

Walaupun GoPro Hero5 Black mahal dan tidak banyak akseori percuma yang diberikan ianya agak berbaloi untuk dibeli.


2. TomTom Bandit

Jangan tidak percaya Tom Tom mengeluarkan satu produk yang dinamakan Bandit dan ianya boleh dikatakan antara yang paling terbaik kerana sebelum ini Tom Tom hanya terkenal sebagai pengeluar Fitness Watches dan Car Navigation sahaja. Ia amat sempurna, reka bentuk yang menarik dan sesuai untuk diletakkan pada topi keledar, motosikal dan basikal.

Software Tom Tom menggunakan GPS dan Motion Sensor untuk mengedit rakaman anda secara automatik. walaupun agak berat, ia sangat mudah digunakan dan mampu mengambil gambar yang besar (4K sahaja 15 fps). Selain itu juga reka bentuknya lebih serasi digunakan pada kenderaan berbanding GoPro.


3. GoPro Hero5 Session

GoPro Session adalah model yang kedua dikeluarkan oleh GoPro dimana ia paling kecil dan paling ringan. Purata kiub ini hanya berukuran 1.5 inci sahaja pada setiap permukaan. Seperti GoPro Hero5 Black, ia mampu untuk berada didalam air sehingga 10 meter kedalaman, mempunyai satu butang mudah, mampu menangkap 4K video, menggunakan kamera 10MP dan adjustable mount untuk pelbagai sudut pengambaran. Jangkaan hayat bateri GoPro untuk pengguna adalah dua jam. Kali ini, terdapat penambahan voice control untuk menjadikan ia mudah untuk beroperasi.

Ia agak sukar digunakan untuk fotografi profesional, kerana ia tidak menpunyai skrin untuk anda review gambar anda dan tiada frame shot. Selain itu juga, untuk membuat penetapan untuk action kamera anda perlu menggunakan telefon.


4. Sony FDR-X3000 4K

Ramai yang tahu, Sony adalah salah satu pengeluar kamera yang terbaik, kali ini Sony mengeluarkan action camera 4K. Mempunyai rekaan kamera yang menarik serta didatangkan dengan advanced SteadyShot systems dan ZEISS lens membuat video anda sentiasa tajam dan bebas daripada silau.

Satu kelebihan yang action camera ini ialah tersedia didalamnya reduces wind noise, dimana ia dapat membantu mengurangkan bunyi angin dan menjadikan audio pada video anda lebih baik dan jelas apabila anda ingin memainkan semula. Action camera perlukan waterproof case intuk masuk kedalam air, aksesori action camera ini agak terhad juga, serta tiada skrin tuntuk frame shots dan preview. Selain dari itu, ia mempunyai output HMDI mikro, mikro USB dan slot kad microSD.



9. HTC Re Camera

Salah satu action camera kegemaran kami, walaupun mempunyai masalah shutter lag dan kualiti imej yang kurang menarik ia sangat mudah digunakan dan sangat pantas untuk dihidupakan. Yang paling kami suka ialah ia tidak kelihatan seperti sebuah action camera.

Mempunyai reka bentuk yang kompak berbanding kamera tindakan lain, tetapi ia tidak menawarkan beberapa ciri-ciri berguna untuk harga yang sangat berpatutan. Direkakan khas untuk kegunaan satu tangan, sesuai dijadikan sebagai spy cam dan secara automatik bertukar apabila anda memegangnya terima kasih kepada sensor cengkaman.

Kamera 16MP fotografi dikawal oleh satu butang tunggal, dan video 1080p boleh dirakam dengan menekan butang lebih lama. Selain dari itu, ia adalah kamera kalis air, mempunyai sync dengan smartphone, dan mempunyai banyak effects seperti slow-motion filming dan lain-lain lagi.
Dikuasakan oleh Blogger.