'Saya Jumpa Dia Tepi Jalan Sambil Menangis Ketakutan' - Puan Juliana
Pagi tadi kecoh tentang kehilangan seorang pelajar perempuan tingkatan 3 yang dikatakan telah diculik oleh dua lelaki yang menunggang motorsikal ketika dia sedang menunggu van sekolahnya.
Berita kehilangan itu heboh di media sosial dan rata-rata mendoakan semoga adik Nur Darleen Dazeera ditemui dengan selamat.
Alhamdulillah, lebih kurang jam 2.30 petang tadi, mangsa dilaporkan telah selamat ditemui dan kembali kepangkuan keluarga.
Adik Nur Darleen telah ditemui berjalan kaki bersendirian ditepi jalan oleh orang awam iaitu Puan Juliana ketika beliau dalam perjalanan pulang menghantar anaknya ke sekolah.
"Dalam masa perjalanan balik ke rumah, saya nampak dia berjalan berseorangan. Saya tidak pasti itu adalah dia tetapi disebabkan didalam kereta ada kawan-kawan dia, so mereka mengenali dia dan mereka memberitahu saya bahawa itu adalah Darleen.Puan Juliana menyatakan kesyukurannya kerana telah menyelamatkan adik Darleen dan membawanya sendiri pulang ke pangkuan keluarga.
So saya pun pusing Uturn untuk mengambil dia ditepi jalan dan dengan keadaan terkejut dan tercengang. Saya menjemputnya naik dan menghantarnya pulang ke rumah family dia.
Ketika ditemui dia dalam keadaan sedar tapi menangis ketakutan."
Apa Komen Korang?