SanDisk memperkenalkan Kad SDXC 1TB Pertama di Dunia - OHGEEKZ

OM Leaderboard Ad

SanDisk memperkenalkan Kad SDXC 1TB Pertama di Dunia



Sememangnya ia berlaku: 1 terabyte telah berada adalambentuk kad SD. SanDisk dengan syarikat induknya Western Digital hari ini telah melancarkan kad SDXC 1 terabyte terbaru, lantas ia mengorak langkah yang baru kad memori kecil dengan kapasiti penyimpanan besar-besaran.

Kad memori prototaip itu dilancarkan oleh jenama di Photokina 2016 iaitu Cologne, Jerman. SanDisk yang telah menjadi syarikat pertama 16 tahun dahulu megumumkan 64 Megabyte SD kad di dunia - ia adalah satu kejayaan dalam kapasiti pada masa itu. Kurang daripada dua dekad kemudian, kita sebagai pengguna mampu mempatkan data 16,000 kali kedalam kad memori yang sama saiz.

Bergitu juga di Photokina pada tahun 2014 yang SanDisk mendedahkan secara besar-besaran bahawa kad 512GB SDXC yang juga dunia yang terbesar pada masa itu.


Western Digital berkata memori kad SanDisk 1TB baru menjurus ke arah teknologi baru muncul seperti ultra-high-resolution photos, video 4K, virtual reality, video 360 darjah, dan pengawasan video.

Bercakap tentang teknologi baru muncul: Canon memperlihatkan DSLR 120MP kembali dalam tahun 2015 yang menangkap fail RAW seberat 210 megabait setiap satu. Kad SD 1TB dapat menyimpan lebih daripada 4,700 fail-fail gergasi tersebut .

Tiada perkataan lagi apabila kita akan melihat memori kad 1TB SDXC ini berada di pasaran atau berapa kos apabila ia keluar nanti. Sebagai rujukan, bagaimanapun, memori kad 512GB SDXC yang diumumkan pada tahun 2014 telah dilancarkan dengan tag harga $ 800 (kira-kira RM 195).

Dikuasakan oleh Blogger.