Angelina Jolie, Brad Pitt Bercerai Selepas 12 Tahun Bersama - OHGEEKZ

OM Leaderboard Ad

Angelina Jolie, Brad Pitt Bercerai Selepas 12 Tahun Bersama


Los Angeles: Bintang Hollywood Angelina Jolie dilaporkan memfailkan perceraian daripada suaminya, pelakon, Brad Pitt.

Dia juga dilaporkan menuntut hak penjagaan terhadap enam anak mereka, lapor portal berita selebriti TMZ, hari ini.

TMZ mendakwa, Angelina, 41, memfailkan tuntutan cerai di mahkamah pada Isnin lalu atas alasan tiada persefahaman dengan tarikh perpisahan dinyatakan bermula 15 September lalu.

Pasangan itu berkahwin pada 2014 selepas tinggal bersama selama 10 tahun. Peguam Angelina, Robert Offer mengesahkan perkara itu dalam satu kenyataan.

“Keputusan ini dibuat demi kebaikan keluarganya. Agelina tidak akan mengulas mengenai hal itu dan meminta dia sekeluarga diberi ruang dan privasi buat masaini,”katanya.

- Sumber Harian Metro

Psst: Dalam satu berita lain, dikhabarkan Angelina Jolie memfailkan penceraian oleh kerana tidak tahan dengan sikap Brad Pitt yang kini bermain ganja. Huh.
Dikuasakan oleh Blogger.