5 Aktiviti YOLO Yang Boleh Anda Buat Semasa Musim Cuti Sekolah
Cuti sekolah dah tak lama je lagi ni jadi ini masa paling sesuai untuk korang lakukan aktiviti YOLO (You Only Live Once) yang tak pernah terfikir atau selama ni takut untuk lakukan. Berikut adalah 5 aktiviti YOLO yang kami rasa anda patut cuba paling tidak SEKALI seumur hidup!
1. Skydiving
Kalau selama ni korang jenis takut dengan ketinggian, ini masa yang amat sesuai untuk atasi ketakutan tersebut. Skydiving antara aktiviti ekstrem yang patut korang cuba. Dengan keberaniaan yang ada dan berbekalkan tunjuk ajar dari mereka yang pakar, tiada apa yang mustahil.
Bila terjun dari ketinggian melebihi 3,000 Meter aras laut, tentunya korang akan dapat lihat sendiri pemandangan yang amat luar biasa yang mana selama ni tak pernah terfikir untuk dapat tengok. Bayangkan kepuasan yang dapat dirasai masa tu. Barulah betul-betul percaya yang Bumi ni sfera!
Ketakutan tu biasanya berlaku sebelum terjunan sahaja tapi beberapa saat selepas korang terjun, rasa ketakutan tu akan hilang sepenuhnya dan digantikan dengan rasa keseronokkan dan kepuasan yang luar biasa. Di Malaysia, terdapat banyak pihak yang menyediakan perkhidmatan Skydiving ini antaranya di Kuala Lumpur dan Langkawi. Hanya perlu Google untuk mendapatkan maklumat tentang mereka.
2. Paragliding
Kalau belum betul-betul ada keyakinan diri yang tinggi untuk skydiving dari ketinggian 3,000 meter dan ianya tetap sesuatu yang mustahil untuk korang lakukan, tak mengapa boleh cuba atasi ketakutan tersebut dengan Paragliding. Memandangkan ianya bermula dari atas bukit dan perlahan-lahan menuju turun, ini aktiviti YOLO terbaik untuk mereka yang nak hilangkan rasa takut pada ketinggian. Lebih-lebih lagi akan ada profesional akan membawa korang. Korang boleh ke Bukit Jugra di Banting untuk merasai sendiri keseronokkan Paragliding ini.
3. Berkayak
Berkayak nampak satu aktiviti yang mudah tapi ini juga bukan aktiviti yang semua orang mampu lakukan. Percaya atau tidak, ramai yang tiada keyakinan diri untuk melakukan aktiviti ini. Ianya turut memerlukan keberanian dan stamina yang tinggi terutamanya bila berkayak di sungai yang mempunyai arus yang deras.
Berkayak juga di antara aktiviti lasak yang amat menyeronokkan. Ia bukan sahaja menyihatkan tubuh badan, tapi ia juga boleh mencabar keupayaan diri kita.
Untuk aktiviti ni tak perlu pergi jauh. Siapa yang tinggal di Kuala Lumpur, boleh cuba berkayak di Taman Tasik Titiwangsa terlebih dahulu (ini tahap paling mudah) sebelum nanti mencuba berkayak di tempat yang lebih mencabar.
4. Mendaki
Bukan semua orang berani untuk mendaki mungkin kerana kurang keyakinan diri. Dengan persediaan rapi yang dibuat terutamanya memastikan stamina dan tubuh badan berada dalam keadaan yang baik, pelbagai bukit dan gunung boleh anda daki. Mulakannya dengan bukit terlebih dahulu. Antara lokasi mendaki paling popular di Lembah Klang adalah Bukit Broga di Semenyih. Ini lokasi mendaki yang tidaklah susah namun paling tidak korang kena cuba sekali seumur hidup!
5. Go Kart!
Di Malaysia banyak lokasi untuk Go Kart yang boleh korang cuba. Bagi yang tiada keyakinan diri untuk berlumba di atas litar, Go-Kart adalah aktiviti yang paling sesuai untuk membiasakan diri terlebih dahulu.
Antara lokasi Go-Kart paling popular di Malaysia ada di Sepang dan di R&R Lebuhraya Elite, USJ (di bawah kendalian PLUS). Selain itu Blastacars Malaysia di Seri Kembangan. Bagi yang ada perasaan malu atau tak berani nak mencuba, korang boleh Go-Kart secara tertutup terlebih dahulu di Superkart Indoor Karting, Bangi. Mulakan dengan enjin kecil terlebih dahulu sebelum beralih kepada enjin yang lebih besar.
Antara Aktiviti YOLO Lain Yang Perlu Korang Cuba
Semua aktiviti ni memerlukan daya keyakinan diri yang tinggi. Bukan semua orang mampu untuk lakukannya. Sebenarnya apa sahaja boleh kita lakukan jika mempunyai daya keyakinan diri yang tinggi. Bukan sahaja bila berdepan dengan pelbagai aktiviti seperti ini, tetapi dengan keyakinan diri juga kita pasti mampu atasi apa sahaja yang datang dengan fikiran yang jelas.
Apa Komen Korang?