7 Tahun Kakak Menghilang, Tapi Tak Pernah 'Miss' Kirim Wang & Perbelanjaan Keluarga
Salam. Hai nama aku laila. Aku ada 4 orang adik-beradik. Tahun ni genap 7 tahun kakak menghilangkan diri.
Cerita bermula bergini. Kami keluarga susah. Ayah dan abang ngah selalu berhenti kerja. Kami jadi makin susah bila abg long meninggal. Dua tahun selepas tu kakak dapat sambung belajar. Kakak seorang yang sangat tabah bagi aku. Kakak kerja macam-macam untuk sara hidup dia sebab dia tak nak bebankan ibu.
Sebelum kakak habis belajar, keluarga aku kembali stable. Dapat pakai kereta baru. Tapi tak lama. Dua bulan sebelum kakak habis belajar, ayah berhenti kerja lagi. Bila kakak habis belajar, kakak tekad cari kerja di seberang walaupun banyak lecturer dia yang cari untuk bagi geran master. Kakak tolak. Aku pernah nampak kakak sugul dalam bilik sorang-sorang.
Syukur alhamdulillah tak lama lepas tu kakak dapat kerja dan dapat tanggung kami sekeluarga. Kami beli rumah baru dan berpindah. Sejak tu kakak la yang tanggung segala perbelanjaan. Dari byr kereta, rumah, belanja sekolah, senang cerita gaji ayah simpan untuk ayah dan ibu sahaja. Kakak tanggung abang jugak bila dia berhenti kerja dan takde duit. Kakak kata siapa lagi nak jaga family kita kalau bukan kita sendiri. Hidup kami happy.
Satu hari aku balik sekolah, aku tengok semua bermasam muka. Entah kenapa. Rupanya bila kakak balik kerja malam tu, abang ngah marah-marah. Dia tuduh kakak selalu balik lambat sebab pergi buat maksiat. Katanya kawan-kawan dia semua nampak. Ibu n ayah diam seribu bahasa. Malam tu kakak dipukul teruk. Kakak cuba bela diri. Kakak cakap dia kerja di Singapore naik kenderaan awam. Jammed, penat lagi, mana ada masa nak lepak-lepak semua. Dan aku akui memang kakak betul. Sebab kakak yang aku kenal akan keluar jumpa kawan masa hari cuti sahaja. Kakak kata penat. Pagi pukul 6 dah keluar. Malam pukul 8 lebih baru smpai rumah. Memang setiap hari begitu la rutin kakak.
Tapi makin kakak bertahan makin teruk kakak dipukul. Disepak. Ditumbuk dan takde sorang pon yang pertahankan kakak. Esoknya aku bangun sembahyang aku tengok muka kakak bengkak-bengkak. Tangan kakak berbalut sebelah. Kakak tengah bersiap. Kakak kata, takpe harini kakak pergi. Satu hari nanti kebenaran akan datang jugak. Kakak tinggalkan rumah yg dibeli atas nama sendiri. Kakak bawak kereta ke mana pon aku tak tahu. Kebetulan kakak baru gaji. Dia tinggalkan jumlah secukupnya untuk kami. Seminggu lepas tu ada orang datang rumah hantar kereta. Katanya kakak yang suruh.
Betul kata kakak, tak lama lepas tu abang mngaku yang dia marah sebab kereta rumah semua atas nama kakak dan dia sngaja buat cerita untuk buang kakak dari keluarga. Aku tengok ibu ayah betul-betul menyesal dan cuba cari kakak. Tapi kami jumpa jalan buntu. Setiap bulan kakak akan masukkan duit dalam akaun bank ibu. Kalau raya, banyak jugak kakak masukkan. Memang kami hidup mewah semua hasil titik peluh kakak yang kami tak tau kat mana.
Bila aku masuk IPTA, aku dapat sebijik Hilux. Terkejut bakan main. Orang yang hantar tu kata kakak yang belikan, pesan kakak belajar rajin-rajin. Sekarang dah nk masuk tahun 3, kakak masih tak dapat kami hubungi. Apa yg aku tahu kakak sekarang berada di Jerman. Itu pon sebab kakak ada hantar barang masa aku kat hostel.
Aku cuma berharap kakak balik semula. Aku dari belum habis sekolah sampai nak habis belajar, kakak masih menyepi. Aku respect kakak sebab dia tak pernah abaikan tanggungjawab terhadap keluarga kami. Tak pernah orang datang mintak hutang. Tak pernah kami kurang makan pakai. Siap boleh hantar ibu ayah ke Mekah. Tapi semua duit kakak bank in dan semua urusan melalui orang. Apa yang kami tahu semua dah tersedia depan mata.
Tabahnya kakak hidup sebatang kara. Khilafnya kami kerana tak nampak pengorbanan seorang kakak. Aku harap confession ni diviral kan sampai lah kakak dapat baca. Kami semua rindu kakak. Abang pon dah ada anak 2. Tanpa kakak disisi aku rasa kosong. Sebab kakak la yg paling banyak mengajar aku erti kehidupan dan menyulam sabar disaat kami susah dahulu.
--------------------------
PROMOSI SAKAN!!!
Hanya RM110 untuk 2 botol Perfume
FREE POSTAGE
Boleh Mix
FB: Oh! Perfumenista
Apa Komen Korang?