Masa Raya Wabak Mudah Menular, Elak Bawa Bayi Pergi Beraya
Jika anda mempunyai bayi kecil yang baru sahaja dilahirkan, pastikan anda peka kepada perkara-perkara yang boleh diambil untuk mengelakkan bayi anda terkena sebarang virus atau wabak.
Kerana umum kita tahu bahawa bayi sangat senang dijangkiti pelbagai virus berbahaya. Jadi dimusim perayaan ini, tidak salah untuk anda menjadi ibu yang paranoid demi kesihatan anak anda.
Berikut merupakan perkongsian mummy dalam pantang di Facebook Maisarah Gorgeouzoutfits Sanusi.
Assalamualaikum.. just nak share pada semua mummy's... Saya hari ni baru balik dari berjumpa doktor. Pantang hari ke-30, cucuk baby untuk sebulan, hepatitis B (dos 2).
Ada berbincang, bagaimana ye doktor saya nak beraya dengan baby baru ni memandangkan pelalian utk menghindari dari dijangkiti wabak diphtheria (difteria) ialah suntikan vaksin utk baby berumur 2 bulan. So jawapan dari doktor ialah...
"Kalau boleh elakkan pergi beraya di rumah orang. Sebab time raya ni lah wabak tu akan menular di serata tempat. Wabak itu boleh dijangkiti melalui air liur / org yg bersin atau batuk. Elakkan baby dari dicium oleh org lain...
Just niat nak share info pada mummy's yang baru bersalin. Di hospital hari ni doktor pun ada mention beberapa parents yang bertanya dengan beliau tentang kerisauan mereka berkenaan wabak difteria ni.
Selamat hari raya! Biar jadi paranoid agar anak terhindar dari penyakit ini. Moga Allah SWT lindungi anak-anak kita dari musibah dan malapetaka. Ameeenn..
Apa Komen Korang?