Ibu Sangkakan Jangkitan Kuman, Rupanya Anak Tertelan Duit Syiling - OHGEEKZ

OM Leaderboard Ad

Ibu Sangkakan Jangkitan Kuman, Rupanya Anak Tertelan Duit Syiling


Sungguh, Allah takkan uji perkara di luar kemampuan kita kan? Dan Allah uji orang-orang yang Dia sayang. Belum habis bersedih dengan pemergian Abah, 22 Julai lalu anak kecil diadmit ke hospital pula.

Pada Mulanya Sangka Masalah Kahak


Mulanya nak bawa dia ke klinik ibu saudara di Seberang Jaya yang juga pakar ENT di Hospital Seberang Jaya sebab nak rujuk masalah bunyi kahak yang agak teruk dan prolonged sejak dari sebelum puasa lagi dengan batuk dan selsema on off.

Seperti biasa, Aydan diberi neb nasal saline untuk clear blocking sound pada paru-paru dia. Esok harinya, baru kena bawa refer pakar Peads di Hospital Seberang Jaya pula. We were advises to be admitted, so that mereka boleh pantau dan selesaikan isu yang saya bimbangkan.

Admit jam 4 petang dan Aydan di x-ray sekali lagi (last x-ray 29 Jun di Hospital Tuaran) untuk periksa kandungan kuman di paru-paru.

Saya dipanggil oleh doktor untuk datang tengok x-ray anak tidak lama selepas itu. Tetapi sebelum itu, semasa dalam wad doktor ada datang bertanya kalau anak ada pakai kalung ke apa semasa x-ray tadi. Saya jawab, tidak ada, Mula-mula dia tunjuk di bahagian paru-paru saja memang ada bintik-bintik putih (kewujudan kumanlah tu) dan apa berlaku selepas itu buat saya betul-betul terkejut.

Keputusan X-tray Yang Mengejutkan...


Dari paru-paru tiba-tiba naik ke atas.

"Mak nampak tak bulat putih ini?" Mak rasa apa ini?" soal doktor.

Sya tidak tahu nak jawab apa dan doktor pun begitahu saya.

"X-ray ini menunjukkan anak tertelan bendasing dan suspected adalah duit syilling," jelasnya.

Allahuakbar! Allahuakbar! Allahuakbar! Sungguh Ummi terkejut sangat-sangat masa mendapat tahu perkara itu. Terketar-ketar rasa lutut dan lemah badan, fikiran juga kosong tak dapat nak menghadam. Satu persatu doktor jelaskan keadaan anak saya pada masa itu. Katanya, mereka akan rujuk pada Surgical Department untuk keluarkan duit syilling itu.

Selepas itu Aydan disuruh menjalani imbasan x-ray sekali lagi dari arah sisi pula untuk melihat keduduk sebenar duit syilling itu. Dia bernasib baik sebab pernafasan dia tidak terjejas dan makan minum juga okay walaupun kurang makan sangat sejak bunyi kahak itu bertambah sejak selepas raya. X-ray film dapat dan sekali lagi kami dikejutkan bahawa bukan satu tetapi dua keping duit syilling yang ada di esophagus Aydan!

Dua Kali Doktor Cuba Keluarkan Syiling Tersebut, Namun Gagal

 

Ya Allah. Tak dapat nak digest macam mana dia boleh tertelan duit syilling itu sampai dua keping.

Bla.. bla.. bla.. macam-macam test x-ray 3-4 kali nak tengok selalu kedudukan duit syilling itu. Akhirnya Aydan disuruh berpuasa dari jam 8 malam hari admit ke wad itu. Sampai esok pagi masih berpuasa, hari Sabtu pula tu. Specialist masuk lambat sikit bawa sampai ke petang untuk mereka buat keputusan macam mana cara nak mengeluarkan duit syilling itu.

Akhirnya jam 4 petang itu, specialist dari Surgical datang dan decide at that time untuk try buat something masa itu untuk keluarkan duit syilling itu. Ummi disuruh mendukung Ayda dalam bilik rawatan dengan ramai doktor berada di sekeliling bersedia dengan topeng oksigenlah, apalah, macam-macam sebab agak berisiko tinggi dan bimbang duit syilling tersekat di salur pernafasan semasa nak keluarkan.

Aydan diberikan ubat tidur agar tidak meronta pada masa itu tetapi dia tak tidur pun. Dia tenung saja muka ummi dalam keadaan tak menangis selepas diberi ubat bius. Sebak ummi pada masa ini. Lantas Ummi zikirkan 'Lailahaillaantasubhanakainnikuntumminazzolimin' berkali-kali di sebelah Aydan sambil mengusap-usap muka Aydan dan mencium-cium Aydan.

Aydan nampak lemah tetapi they always pantau kadar pernafasan dan kandungan oksigen Aydan pada masa itu. Dua kali doktor itu cuba tarik duit syilling itu mengikut tiub yang Aydan kena telan pada masa itu tetapi both attempt failed sebab duit syilling itu tersangkut dan doktor tak nak paksa tarik sebab boleh membahayakan nyawa anak.

Mereka cakap hanya ada satu cara iaitu kena pindakah ke Alor Setar untuk lakukan scooping pula.

And here we are now. Naik ambulan jam 1 pagi yang dipandu laju macam nak terbang aku rasa duduk di dalam itu. Kami sampai Hospital Sultanah Bahiyah jam 2 pagi. Admit di wad kanak-kanak dan tunggu surgical procedure the next morning.

Esok pagi itu (which is kelmarin) kami tunggulah doktor bilalah nak panggil untuk buat procedure itu. Last-last jam 3 petang, jururawat datang bagi baju untuk anak tukar nak masuk bilik OT. Ummi dan mula berdebar pada masa itu.

Pembedahan Kali Kedua Berjaya Keluarkan Syiling Dari Mulut


Jam 3.30 petang, kami disorong masuk ke bilik OT dengan Ummi sekali kena tukar baju warna biru khas untuk masuk ke dalam. Aydan seperti biasa, dia fobia nampak bermacam-macam alat yang ada di dalam itu. Letak saja atas katil bedah, dia mengamuk dan menangis. Ummi peluk kuat-kuat dan sekelip mata saja dah diam sebab dah dipengsankan. Docotr suruh cium anak dan tunggu di luar.

Allah, bertambah hancur luluh hati Ummi saat itu sebab doktor dah jelaskan prosedur ini berisiko dan 50-50 saja peluangnya. Mulut tidak berhenti berzikir dan berdoa agar Aydan selamat. Memang rasa sangat down pada masa itu sebab yang ada teman ke sana sini urusan masuk hospital ini, adik yang duduk rumah kami di Cheras itu, si Norman. Sudahlah suami jauh berjauh pula dengan anak sulung sorang-sorang tunggu anak dalam dewan bedah itu. Mesej WhatsApp family dan kawan-kawan minta tolong doakan dan pinjamkan sikit semangat agar Ummi kuat dan tabah menghadapi semua ini.

3.45 petang, Aydan start operation itu. Tunggu punya tunggu dengan penuh debaran dan drama air mata, akhirnya jam 4.30 petang, staff dewan bedah panggil mak baby. Berlari anak aku mengikut staff tadi nak pergi pada Aydan. Syukur Alhamdulillah semuanya sudah selamat. Doktor Pakar Bedah sudah berjaya scoop duit itu keluar dari mulut Aydan tanpa sebarang kecederaanyang mungkin akan menyebabkan komplikasi lain pula. Allah. Nauzubillahiminzalik.

Alhamdulillah semuanya sudah selamat hari ini. 26 Julai 2016, hari ke 5 kami bermalam di hospital ( 2 malam di Hospital Seberang Jaya, 3 malam di Hospital Sultanah Bahiyah), inshaAllah hari ini Aydan boleh dicharge. Tunggu doktor round saja ni, nak tanya jam berapa boleh discharge.

Aydan Selamat dan Discharge

Sedih, kami waris semua jauh-jauh. Time melawat katil-katil sebelah penuh pelawat (semua pelawat katil sebelah-sebelah mengucap panjang dengar kes Aydan. Ummi pula penat ulang cerita macam mana boleh tertelan duit) yang ada kami dua beradik sajalah waris si Aydan di sini.

Satu persatu Allah duga Ummi. Adakalanya rasa down but again, Allah Maha Besar, Maha Berkuasa atas setiap sesuatu. Setiap kejadian yang jadi Allah sudah aturkan. Kita sebagai hambaNya hanya mengikut jalan hidup kita ini. Semuanya sudah dalam perancanganNya.

Harap tiadal agi episod-episod seperti ini berlaku dalam hidup Ummi sama ada terhadap anak-anak Ummi atau keluarga. Nauzubillahiminzalik. Perlu lebih peka dan perhatikan Aydan merangkak selepas ini. Ummi has decided to buy a baby walker untuk kegunaan Aydan nanti. Cukup sudah dengan apa yang terjadi pada anak Ummi. Serik dah. Memang ada risk naik walker but untuk Aydan, since this happened to my child, I will firm with my decision untuk pantau Aydan bila duduk dalam walker nanti.

Terima kasih kepada semua. Sekarang tunggu doktor pakar Peads datang melawat dan decide bila kami boleh keluar dari hospital ini.

Perkongsian: Normala Hussain


Dikuasakan oleh Blogger.