Pengguna aplikasi google maps di iPhone kini boleh menetapkan lebih dari satu destinasi
Berita baik untuk semua pengguna iPhone yang menggunakan aplikasi google maps, sebelum ini hanya terdapat dalam android iaitu menambah lebih dari satu destinasi dalam aplikasi tersebut.
Hari ini, fungsi yang sama telah dikeluarkan oleh google maps untuk pengguna ios iaitu iPhone dan iPad.
Dengan adanya fungsi ini, pengguna boleh menetapkan destinasi perjalanan lebih dari satu. Ini membantu pengguna untuk merancang perjalanan dengan lebih baik dan efisyen berbanding sebelum ini.
Bagi pengguna google maps, kini anda boleh menikmati fungsi ini dengan mengemaskini aplikasi anda di apps store bagi pengguna ios dan play store bagi pengguna android.
Apa Komen Korang?