Makanan Dihurung Semut? Ini 5 Petua Berkesan Halau Semut Dari Dekati Makanan - OHGEEKZ

OM Leaderboard Ad

Makanan Dihurung Semut? Ini 5 Petua Berkesan Halau Semut Dari Dekati Makanan


Makhluk Allah, semut ni memang suka pada makanan manis. Kalau dulu semut sinonim dengan makanan manis tapi semut kini air kosong pun depa duduk berenang-berenang dengan jayanya.

Aihh. Memang ramai yang pening untuk menghindari makanan dari didekati semut.

Oleh itu, sila cuba petua ini. InsyaAllah anda akan lihat keberkesanannya.

1. Sembutkan air limau nipis di kawasan yang dikenal pasti sebagai kubu semut. Limau nipis mengandungi asam yang boleh menghalang pergerakan semut.

2. Tanam jenis beberapa pohon seperti Lavender atau tumbuhan Mint. Tumbuhan ini memiliki aroma yang tidak digemari serangga seperti semut. Sebaiknya tanamlah di halaman yang sering terjadi berkumpulnya semut.

3. Bahan – bahan seperti kulit kayu manis, bunga cengkih, serbuk penaik, kulit limau dan kapur juga boleh ditaburkan di kubu semut.

4. Gunakan silika gel di ruangan penstoran yang lembap, kelembapan biasanya memancing bau yang mengundang semut.

5. Bersihkan ruang penstoran dan lain-lain secara rutin daripada sisa makanan. Kebersihan ialah kunci penting untuk menghindarkan semut dari menyerbu ke kediaman anda.
Dikuasakan oleh Blogger.