5 Perkara Penting Proses Permohonan Nikah Yang Bakal Pengantin Harus Tahu
Di musim perayaan, ramai bakal mempelai memilih untuk menamatkan zaman bujang. Tapi sebelum menemui hari bahagia, mereka harus menghadapi pelbagai prosidur yang telah ditetapkan kerajaan dalam proses permohonan nikah.
Perkara ini, pasti ramai yang buntu dan tidak tahu kerana pelbagai peringkat yang harus ditempuhi oleh pasangan. Tapi jangan risau kerana perkongsian oleh pemilik Facebook Sharifah Nur Hanim ini mungkin akan memudahkan urusan anda sedikit sebanyak.
Assalamualaikum. Today Cikpah nak share info berkenaan permohonan nikah buat pasangan-pasangan Muslim yang bakal 'bina masjid' tak lama lagi. Siapa yang dah tau, Alhamdulillah. Siapa yang belum tau, semoga info ni bermanfaat buat kalian. Bagi yang dah laluinya, bolehla juga share experiences hampa. Ramai juga yang bertanya kat saya tentang nikah ni. Yela, sebab saya tengah dalam proses permohonan gituhh.
1. Ambil Borang Nikah Online atau di Pejabat Agama
Ambil borang permohonan nikah lelaki & perempuan kat pejabat agama daerah masing2. Kat Penang ni ada jugak permohonan secara online, tapi saya lebih prefer buat manual iaitu berurusan terus dgn pejabat sebab macam-macam saya boleh tanya kat depa direct. Dalam borang tu ada dinyatakan beberapa dokumen penting yang perlu kita kepilkan sekali. Contoh IC pemohon, pasangan & wali, sijil kursus kahwin, HIV test, sijil nikah ibubapa (bagi pemohon perempuan saja, pemohon lelaki tak perlu pun sijil nikah ibubapa), & lain2 lagi. Dokumen2 yang diperlukan mengikut kes pemohon masing2. Contohnya ada kes ibubapa yg bercerai, kes dimana tiada wali & memerlukan wali hakim, makanya lebih banyak lagi dokumen yang perlu kalian kepilkan. Borang permohonan nikah kita tu, perlukan tandatangan 5 orang (untuk pemohon perempuan) & tandatangan 4 orang (untuk pemohon lelaki). Mereka ialah Pemohon itu sendiri, Wali (bagi borang perempuan ja, lelaki tak perlu sign wali pun), Pengerusi Qaryah Masjid, Pegawai Masjid 1 & Pegawai Masjid 2. Ini adalah orang2 penting untuk sign & cop borang permohonan kita.2. Wajib Hadiri Kursus Kahwin
Kursus kahwin ni pulak memang wajib. Hampa kena pi noh, jangan pandai2 kata tak payah pi pasai hampa dah pandai. Okbai! Selalunya kursus ni 2 hari ja. Ada orang habaq kat saya, ada kursus kahwin ni sampai 5hari 4malam siap kena tidoq lagi kat tempat kursus tu. Weyh hampa biaq betoi! Nak sijil kursus punya pasai sampai kena bermalam 4malam? Hampa tak cerdik memang saja la. Saya tak tau persatuan mana yang buat bermalam2 tu. Yang saya pasti selalunya 2 hari saja, pagi sampai ke petang. Ikut kawasan masing2 ye. Nak register untuk hadir kursus kahwin ni, hampa boleh pi register kat pejabat agama daerah masing2 sebab kursus tu akan dibuat di pejabat agama itu sendiri. Majlis penutup kursus baru depa bagi sijil kursus kahwin kat hampa noh.3. Lakukan Ujian HIV (Valid selama 6 bulan sahaja)
HIV test. Test ni laku 6 bulan sebelum tarikh menikah hampa. Jangan la pi buat HIV test ni sedangkan hampa nak menikah setahun akan datang nuh. Tak laku dah test hampa tu. Laku 6 bulan ja okay. Macam saya, dalam borang yang saya dapat dari pejabat agama, kat situ ada senarai KLINIK KESIHATAN yang kita boleh buat HIV test. Klinik kerajaan saja boleh buat HIV Test ye. Klinik swasta cannot maa.. Selain dari klinik yang dinyatakan, test yang kita buat tidak diterima oleh pejabat agama ok. Setiap klinik berbeza masa operasinya untuk HIV test tu. Yang paling PENTING, hampa tolonglah call klinik tu dulu tanya depa, boleh dak hampa nak buat HIV test & bila hampa boleh pi. Sebab apa Cikpah suruh hampa call dulu? Ada la 1 klinik yang disenaraikan ni saya pi situ, dah la jauh dari rumah, pi situ pun sebab kebetulan ada urusan kat situ, ambillah masa sedikit untuk singgah & buat HIV test. Bila habaq kata nak buat HIV test, depa kata alat cucuk semua habis. Kan dah buang masa pasai nak cari parking. Takpa2, ni kan experience. Lepaih tu nak pi klinik memang saya call depa dulu.Lagi satu nasihat saya, nak pi buat test ni, hampa jangan dok kalut2 sangat na. Ada klinik dimana hampa akan buat test tu saja, iaitu ambil darah saja. Tak sampai setengah jam dah dapat result test hampa. Ada klinik, dah la nak tunggu result dekat setengah jam, pastu ada soalan2 quiz kesihatan pulak hampa kena jawab. Jawab quiz dulu baru hampa boleh buat HIV test. Nasib Cikpah, Cikpah pi klinik yang kena buat quiz. Dua jam lebih Cikpah kat klinik tu weyhh. Jawab quiz yang BANYAK SANGAT soalannya, ambil darah, test air kencing, check breast (bagi perempuan ja, lelaki depa tak check breast hampa pun), timbang berat tinggi semua tu. Fuhh! Memang complete medical check up tu. X-ray body ja takdak. Hihi! Alhamdulillah hari tu memang takdak urusan lain. Memang niat nak pi klinik ja. Buat kata la dah janji urusan lain dengan orang kat Tanjung ka, tak ka susah hampa terpaksa tangguh urusan hampa! Yang Cikpah tak faham, kenapa setiap klinik berbeza pendekatannya dalam buat HIV test ni. Okbai!
4. Ready Untuk di Interview Bab Agama
Interview. Dah settle semua dokumen2 hampa, bila nak submit borang permohonan nikah kat pejabat agama daerah masing2, hampa akan di'interview' terus oleh Ustaz ye. Pemohon lelaki kena hantaq borang depa dulu. Dah approve, baru pemohon perempuan boleh hantaq borang depa pulak. Melainkan kalau daerah pemohon lelaki & perempuan adalah daerah yang sama, so hampa boleh terus submit kedua2 borang hampa la. Macam saya & pasangan saya, hehe, kami berbeza daerah. Makanya pasangan saya hantaq borang dia terlebih dahulu. Seminggu untuk pejabat agama luluskan. Lepas tu baru saya boleh hantaq borang saya pulak (sebab pemohon perempuan kena kepilkan bersama permohonan lelaki yang diluluskan). Antara soalan2 yang akan ditemuduga oleh Ustaz dah disertakan dalam borang permohonan. Hampa kena study ja. Tapi tak payah study sangat kot. Kita semua kan Muslim, mesti dah tau rukun2 semua. Hehe! Yang bertuahnya, ada Ustaz tak tanya apa2 pun kat pemohon. Just sembang2 ja tanya nak menikah kat mana, keperluan semua cukup okay ka, bersedia ka. Tapi ada Ustaz tanya macam2 weyhh. Suruh baca Fatihah & terjemahan la, doa Qunut, doa Iftitah, mengucap, selawat, istighfar, rukun2 Iman & Islam, waduhhh2 kesian kat pasangan yang kurang ilmu agamanya. Tapi takpa, dengan adanya interview membuatkan pasangan lebih ghairah untuk belajaq tentang Islam, gituhh! Janganlah Islam pada nama saja ye. Kat dunia ni maybe tak rasa malu la kot. Kat SANA nanti? WaAllahualam.5. Urusan Dengan Tok Kadi pulak...
Dah habis interview, lepas pejabat agama luluskan permohonan, pejabat akan bagi contact no Tok Kadi yang berkenaan kepada pemohon perempuan. Kiranya urusan dengan pejabat agama sudah selesai ye. Sekarang kita berurusan dengan Tok Kadi pulak. Hampa deal la dengan Tok Kadi, hampa nak menikah atas angin ka, bawah tanah ka, tepi kolam ka, lepas subuh ka, panas2 terik tepi aiq terjun ka, semua kena tanya Tok Kadi okay. Tapi selalunya Tok Kadi okay ja. Depa akan ikut kita. Tapi tengok jugak jadual Tok Kadi. Buat kata hari yang hampa pilih nak menikah tu ada 5 pasangan lain nak menikah jugak, mana la Tok Kadi sempat nak pi tepi laut bagai semua tu untuk akad nikah hampa, mesti kesemua pasangan akan dibuat di tempat yang sama iaitu Masjid Qaryah perempuan. Hihi!Alhamdulillah, rasanya yang ni saja kot takat ni nak share dengan hampa. Apa yang dikongsi disini adalah experiences diri sendiri & kenalan terdekat Cikpah na. Setiap kes berbeza2. Zaman makpak kita punya proses permohonan nak menikah dengan lani punya proses berbeza noh. Lebih baik hampa call pejabat agama terlebih dahulu jika ada sebarang pertanyaan. Kurangkan bergantung pada kenalan & saudara mara sebabnya yang akan uruskan permohonan kita adalah pejabat agama. Pejabat agama lebih tahu apa yang perlu kita lakukan. Mesti ramai antara kalian dah bekerjaya, takkan la hari2 nak minta cuti pasai nak pi pejabat agama kan? Sebab tu rancang permohonan nikah anda sebaiknya, gituhh! Lagi satu, pejabat agama siap pesan, jangan lupa buat KAD NIKAH PINTAR noh. Hehe! Bermula 1 Jun 2016, pasangan yang bernikah kena buat kad nikah pintar dimana harganya RM30.00 untuk 1 kad saja. Lelaki & perempuan keduanya kena ada kad nikah pintar tu, so RM60.00 lagi bakal melayang lerr. Say goodbye laa.
Info dari kawan yang intern kat pejabat agama, utk apply kad nikah pintar kena bawak Sijil nikah ori dgn photostat, photostat ic suami isteri & gambaq suami isteri. InsyaAllah siap dlm tempoh 5 hari bekerja. Daerah timur laut kena apply kad nikah pintar kat Jaipp kat Lebuh Pantai kalau tak silap saya. Daerah barat daya pi apply kat pejabat agama balik pulau tu ja.
Semoga bermanfaat info2 ini & GOODLUCK buat pasangan yang bakal memohon untuk bernikah. Minta maaf kalau ada salah silap & mohon betulkan. Jazakumullahu kheyr. Jangan lupa doakan Cikpah jugak ye! Mwah2!! #SdhSnh16
Apa Komen Korang?