Twitter & Pinterest Milik Mark Zuckerberg Digodam Kerana Password: Dadada
Laman Twitter dan Pinterest milik pengasas laman sosial terkenal dunia, Mark Zuckerberg telah digodam oleh sekumpulan yang mengelarkan diri mereka OurMine Team.
Dua akaun itu digodam melalui pengkalan data pengguna LinkedIn kerana kesilapannya yang telah mengguna semua katalaluan "dadada" yang pernah dicuri pada tahun 2012 untuk mengakses dua akaun tersebut.
Mark juga telah menasihatkan agar tidak menggunakan kembali katalaluan yang sama untuk mengakses laman sosial yang lain.
"Ada kata laluan yang mungkin berusia beberapa tahun, tetapi ia masih boleh digunakan oleh si penggodam. Malah untuk tips keselamatan, jangan gunakan katalaluan Facebook untuk akaun sosial media yang lain.
Walaubagaimanapun, Mark tidak aktif di Twitter dan hanya menulis 19 status sejak digunakan dari 2012.
Apa Komen Korang?