Kontroversi: Diva Azwan Ali Buat Hal Lagi, Kali Ini Carut Produk Tempatan - OHGEEKZ

OM Leaderboard Ad

Kontroversi: Diva Azwan Ali Buat Hal Lagi, Kali Ini Carut Produk Tempatan


Lama kita tak dengar kisah tentang insan yang bernama Azwan Ali. Ohmedia sebenarnya tak ada apa-apa masalah lagi dengan beliau malah kami sebenarnya mengagumi keberanian dan betapa tinggi ilmu yang ada pada beliau cumanya baru-baru ni, timbul pula isu baru tentang Azwan Ali carut sebuah produk kecantikan tempatan ni.


Dikatakan sebuah syarikat produk kecantikan ni offer Azwan Ali (AA) untuk jadi spoke person jenama tersebut, tapi tak tahu apa yang dah jadi keluar beberapa video kontroversi di Instagram Azwan Ali yang carutkan jenama tersebut.

Motifnya, mungkin ramai yang menyangkakan jenama produk kecantikan tersebut tidak dapat memenuhi permintaan  AA hingga membuatkan dia mengamuk.

Kisah ni bermula bila pihak pengurusan sebuah produk serum muka bernama Miraelle Beauty sedang mencari selebriti untuk menjadi jurucakap jenama mereka. Tak tahu kenapa dari beribu manusia kat luar sana, Azwan Ali juga yang menjadi pilihan.


Dalam beberapa video yang dimuat-naik Azwan Ali di Instagram miliknya melihatkan banyak juga hamper yang dihantarkan syarikat tersebut beserta dengan tawaran tetapi berbanding untuk mencuba atau menerima tawaran tersebut, dicarutkannya pula di bulan Ramadhan yang mulia ni. Ramailah yang terkejut dengan tindakan Azwan Ali tu termasuklah ribuan pengikut sedia dia di Instagram.


Tindakan tersebut sekaligus mengundang rasa terkilan untuk pihak pengurusan Miraelle Beauty yang seolah-olah memperlekehkan produk tersebut.

"Azwan Ali tak kenang dek untung. Niat kami disalah ertikan", jelas CEO Miraelle Beauty dengan nada kesal selain enggan untuk mengulas lanjut.

Lagi video:










Sebenarnya kami rasa mudah je untuk Azwan Ali ni. Kalau dah tak mahu terima tawaran, ramai lagi orang lain yang mereka boleh cari dan jauh lebih baik dari AA. Tak payahlah sampai nak carutkan produk Melayu macam tu sekali. Paling tidak pun patut bersyukur masih ramai yang mengingati Azwan Ali yang diva lagi vazz tu.

Nak lihat reaksi atau tentang jenama tersebut, boleh lihat di Instagram @miraelleofficial atau di Facebook Miraelle Beauty.

Psst: Dengarnya apabila teruk dihentam ramai, Azwan Ali sedang berkira-kira untuk menerima tawaran tersebut tetapi dengan beberapa syarat lain. Eh lantaklah letak apa syarat pun asalkan tak payahlah nak carut produk dan periuk nasi orang.
Dikuasakan oleh Blogger.