'Aku Tidak Mahu Pulang Sebelum Bawa Sedikit Wang Untuk Ibu & Adikku'
Umat Islam di Malaysia harus bersyukur melaksanakan ibadah puasa di bulan Ramadhan ini dalam keadaan aman dan tenang. Berbeza dengan seorang anak yang tinggal di Ghaza. Dia harus berjuang untuk menjalani hari-hari yang mendatang.
Menurut laporan Islampos, remaja lelaki di Gaza berniaga coklat di tepi jalan dan tidak akan pulang ke rumah jika jualannya tidak habis. Ketika ditanya, mengapa tidak pulang, dia menjawab;
"aku tidak mahu pulang, sebelum membawa sedikit wang untuk ibu dan adikku.."Jika di sekeliling kita, banyak anak-anak yang menjalani harinya dengan enak tanpa perlu memikirkan cara mendapatkan wang untuk mencukupi keperluan sehari-hari. Bahkan, berlebihan hingga menjadi pembaziran.
Namun, di belahan bumi yang lain, ternyata ada ratusan ribu kanak-kanak yang harus berjuang demi membantu keluarganya. Tak sepadan dengan usianya yang harus memikul tanggungjawab sebesar itu.
Sungguh kita sudah sepatutnya mensyukuri kehidupan yang kita jalani sekarang, kerana ramai saudara kita yang jauh lebih buruk keadaannya. Mari doakan saudara Muslim kita walau dimana sahaja berada agar selalu di lindung-Nya dan terbebas dari segala bentuk kekerasan. Amiin.
Sumber
Apa Komen Korang?