5 Cara Untuk Jadi Pekerja Yang Disayangi Oleh Majikan
Untuk menjadi seorang pekerja yang di sayangi oleh majikan, memenangi hati bos tidak akan menjadi satu halangan buat anda. Sekiranya anda tahu cara-caranya, pasti ianya mudah untuk dilakukan. Namun, anda harus bijak untuk merancang beberapa strategi supaya menjadi seorang pekerja yang disenangi oleh majikan.
Majalah Niaga telah kongsikan beberapa tip yang mudah untuk anda ikuti. Ianya juga hasil dari penyelidikan saintifik dan pendapat daripada pakar.
1. Hadir Ke Pejabat Tepat Pada Waktunya
Satu penyelidikan telah dilakukan oleh Michael G.Foster, dari Sekolah Perniagaan di Universiti Washington. Beliau mengatakan bahawa, pekerja yang sering tiba di pejabat tepat pada waktunya dianggap mempunyai prestasi kerja yang baik, jika dibandingkan dengan mereka yang sering datang lambat.
Namun, jika anda merasakan bahawa anda akan menjadi lebih produktif sekiranya bekerja dari waktu 10 pagi sehingga 6 petang, berbanding dengan pukul 9 pagi sehingga 5 petang. Apa kata anda berbincang dahulu dengan majikan tentang perkara ini. Mungkin dengan cara ini, majikan akan menganggap anda seorang pekerja yang jujur.
2. Rajinkan Diri Untuk Mendapatkan Nasihat
Tidak semua individu yang berani untuk meminta nasihat daripada majikan mereka, dan mungkin mereka lebih berhati-hati untuk bertanya. Anda juga mungkin ingin tahu bagaimana mereka boleh berjaya sehingga ke tahap yang boleh dibanggakan, serta apakah strategi yang sering digunakan oleh mereka untuk berjaya.Kajian dari Harvard Business School menunjukkan bahawa, sekiranya anda meminta nasihat daripada orang yang lebih berpengalaman, ini tidak bermakna anda seorang yang kurang bijak. Malah, ia boleh membuatkan anda menjadi seorang yang lebih berwibawa serta ingin mempelajari sesuatu yang baru.
Para penyelidik menjelaskan bahawa, apabila anda sering meminta nasihat mahupun pendapat perkara tersebut akan menyebabkan mereka lebih selesa untuk berkongsi segala ilmu yang ada.
3. Jadikan Majikan Sebagai Mentor
Ianya adalah satu istilah dimana, anda harus peka dan tahu apakah yang membuatkan bos anda suka dan sering mengambil berat tentang sesuatu perkara. Menurut Dave Kerpen seorang pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif, beliau memberitahu, seorang majikan sudah tentu ingin kelihatan hebat kepada majikan di atas mereka.Dengan itu, majikan anda sentiasa ingin melakukan yang terbaik buat diri mereka dan juga syarikat. Secara tidak langsung, segala kesan positif pada mereka akan memberikan impak yang positif juga buat anda untuk mengambil mereka sebagai mentor untuk berjaya.
4. Pergi Bercuti
Menurut kajian yang telah dilakukan oleh Oxford Ekonomi, pekerja yang mengambil cuti untuk pergi bercuti sebanyak 6.5% lebih cenderung untuk mendapatkan minda dan pemikiran yang lebih meluas. Ini kerana, apabila pulang sahaja dari bercuti, secara tidak langsung anda mempunyai pemikiran yang lebih segar serta lebih produktif. Seorang majikan yang baik, tidak mungkin akan menghalang anda untuk pergi bercuti demi merehatkan minda dari kesibukan bekerja.5. Sering Menyuarakan Pendapat
Jika anda mempunyai sebarang pendapat, elakkan dari berdiam diri sahaja tetapi segeralah bersuara. Ini kerana, sebagai seorang pekerja anda juga mempunyai hak untuk memberikan pendapat. Menurut Jenna Lyons, seorang presiden dan pengarah eksekutif dari J.Crew Grop Inc. Beliau mendapati bahawa, agak mustahil seseorang individu untuk memahami apa yang mereka inginkan sekiranya mereka tidak memberikan sebarang pendapat.Setiap individu mempunyai kelebihan dan kekurangan masing-masing. Namun, jangan jadikan kekurangan tersebut sebagai satu halangan buat anda malu untuk bersuara. Sebaliknya, setiap individu sememangnya mempunyai hak untuk bersuara serta memberikan pendapat yang dapat membina untuk kebaikan bersama.
Apa Komen Korang?