Jenazah Jatuh Ke Dalam Sungai - Luahan Penduduk Hadapi Kesukaran Untuk Ke Tanah Perkuburan - OHGEEKZ

OM Leaderboard Ad

Jenazah Jatuh Ke Dalam Sungai - Luahan Penduduk Hadapi Kesukaran Untuk Ke Tanah Perkuburan


Apabila ada berlakunya kematian bagi orang Islam, proses pengebumian haruskan disegerakan. Namun, ia tidak mudah bagi penduduk Kampung Rantau Panjang, Kota Tinggi, Johor apabila menghadapi kesukaran untuk pergi ke tanah perkuburan. 

Menurut sumber yang diceritakan kepada Oh! Media, tanah perkuburan umat Islam tertelak di seberang sungai, maka setiap kali berlakunya kematian, penduduk kampung harus membawa jenazah menyeberangi sungai lebih kurang 300meter, begitu juga setiap kali musim perayaan. Jika orang ramai ingin menziarah kubur, mereka juga harus menaiki sampan.

Jenazah Terjatuh Ke Dalam Sungai

Malah, pernah satu ketika dahulu berlaku perkara yang menyedihkan apabila jenazah terjatuh ke dalam sungai dan pernah berlaku bot yang dinaiki orang ramai serta bayi untuk ke tanah perkuburan berbalik.





Perlu Mendaki Bukit Curam

Apabila sampai ke seberang, sekali lagi penduduk kampung menghadapi kesukaran apabila terpaksa mendaki kawasan bukit yang agak curam sambil membawa jenazah untuk ke tanah perkuburan yang terlejak sejauh 800meter daripada sungai. 

Mereka juga sentiasa bimbang akan binatang buas yang mungkin akan muncul bila-bila masa sahaja. Difahamkan perkara ini telah berlaku bertahun-tahun lamanya dan kini jambatan giat dijalankan dan dijangka siap pada tahun 2017.




Sumber: Ayumi Adda
Dikuasakan oleh Blogger.